Panas!! Inilah Selebriti Popular Buat Kutipan Derma Sekitar Pavillion Bantu Rakyat Palestin.. Jom Terjah!!


Petang tadi, lebih daripada 10 orang selebriti popular tanah air telah turun padang untuk membuat kutipan derma ikhlas membantu rakyat Palestin di sekitar Pavillion. Turut memeriahkan usaha murni ini ialah Irma Hasmie dan suaminya.
irma hasmie dan suami
Irma Hasmie tampak “glowing” dengan kandungan di dalam perutnya yang sudah mencecah 3 bulan lebih. Kedua-duanya sangat bersungguh-sungguh dalam memberi kesedaran terhadap orang ramai tentang isu Palestin. Semoga dengan usaha ini, akan lebih ramai orang terlibat sama dalam membantu saudara Islam kita di Gaza.

irma hasmie dan suami
Sekali pandang suami Irma Hasmie nampak macam Clark Kent daripada watak komik Superman. Untunglah Irma dapat suami kacak. Semoga kebahagiaan mereka berdua ini akan berkekalan sehingga ke syurga. Lagi 23 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook PelangiBonda.
irma hasmie dan suami
irma hasmie dan suami



irma hasmie dan suami
irma hasmie dan suami
irma hasmie dan suami
irma hasmie dan suami

Sebahagian daripada 20 artis yang terlibat dalam kutipan derma di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Rabu sebagai sokongan kepada rakyat Palestin.
KUALA LUMPUR: Seramai 20 selebriti terkenal tanah air melakukan kegiatan amal dengan mengutip derma daripada orang ramai untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang teraniaya akibat kekejaman rejim Zionis.
Naib Pengerusi Usrah Fitrah dan pelakon, Irma Hasmie berkata, kutipan yang dijalankan sekitar Bukit Bintang di sini pada Rabu itu mendapat sambutan tidak berbelah bagi daripada golongan artis.
"Syukur Alhamdulillah ramai rakan artis membantu dalam menjayakan projek yang kami rancang dalam masa singkat.
"Mungkin kita tidak mampu untuk pergi berjuang di Gaza namun apa yang kami lakukan ini juga sebahagian daripada perjuangan sebagai tanda sokongan kepada penduduk Islam yang sedang dizalimi di Palestin,” ujarnya ketika ditemui pihak media di sini pada Rabu.
Pelakon Yatt (kiri) dan Salima berasa sedih dengan penderitaan umat Islam di Palsetin yang dizalimi Israel.
Program yang dianjurkan bersama Badan Aman Palestin itu disertai oleh artis antaranya Siti Nordiana, Yatt Hamzah, Iqram Dienzly, Salima (AF), Zoey Rahman, Anding (AF), Ayu Damit dan Roslan Shah.
Kesemua selebriti tersebut berkumpul di pusat beli belah Pavillion di sini sebelum mereka berpecah dalam beberapa kumpulan dan bergerak sekitar kawasan Bukit Bintang dan KLCC bagi melakukan kutipan.
Dalam pada itu, Irma berkata, pihaknya tidak menyasarkan jumlah tertentu namun akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin wang daripada orang ramai bagi tujuan tersebut.
Malah kata Irma, pihaknya juga merancang untuk meneruskan kutipan tersebut ke beberapa lokasi tempat awam yang lain selepas ini.
"Kita tidak akan berputus asa dan usaha ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain. Insya-Allah semua hasil kutipan akan disalurkan kepada saudara Islam kita di Gaza secepat mungkin," ujarnya.
Roslan Shah (kanan) turut mengambil bahagian.
Sementara itu, salah seorang anggota Usrah Fitrah, pelakon Yatt Hamzah memberitahu, mereka juga merancang untuk mengadakan solat hajat perdana dan solat hajat selepas solat Jumaat di beberapa buah masjid yang akan ditentukan kemudian.
"Ini adalah usaha kami bersama Badan Aman Palestin dan orang ramai dijemput hadir untuk melakukan solat hajat tersebut.
"Maklumat lanjut mengenai solat hajat itu akan dikemas kini dari masa ke semasa menerusi laman web kami dan Aman Palestin," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Yatt berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui Bank Islam Malaysia Berhad (No. Akaun: 1202-9010-0478-80) atau Maybank Malaysia Berhad (5622-6301-0787) atas nama 'Aman Palestin Berhad'.
Sumbangan juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip PALESTIN 10 (Jika nilai RM10) dan hantar ke 39111.
Sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.amanpalestin.net atauwww.usrahfitrah.com.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.