Terkini!! Agong Perkenan Batal Pelantikan DS Lajim Ukin Atas Nasihat PM Haji Najib.. Jom Terjah!!

 Agong Perkenan Batal Pelantikan Lajim

Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.

Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.


Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno.

Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai timbalan menteri akan diputuskan pada Isnin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.