Hassan Ali Mula Melalak Selepas Dipecat Oleh PAS... Benarkah DS Anwar Menjadi Penyebab Belia Dipecat? Jom Terjah...



Seperti pemimpin yang dikait dengan UMCO yang lain, Hassan Ali mula melalak selepas dipecat oleh PAS. Sasaran dan alasannya dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Timbullah dakwaan pengaruh Anwar Ibrahim mendalangi keputusan yang telah dibuat.

Dalam
Mstar, Hasan Ali melalui sidang media di rumahnya malam tadi menyatakan kekesalan dan kekecewaannya berhubung dengan isu pemecatannya sebagai anggota PAS hanya disebabkan oleh dasar ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Timbulnya saya dipecat kerana Anwar Ibrahim. Apa yang saya komen tentang Anwar Ibrahim (sebelum ini) adalah komen peribadi.


Saya tidak mahu dia mengheret rakyat supaya menjunjung perjuangannya yang dirasakan ‘kotor’. Ini yang saya perjuangkan.

“Saya adalah antara orang PAS yang tidak pernah keluar bersama Anwar Ibrahim untuk menunjukkan justifikasi kenapa Anwar Ibrahim terus dilonjakkan sebagai perdana menteri,”
katanya kepada pemberita.

Walhal jelas dan terang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya menegaskan pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS. Keputusan dibuat berdasarkan tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Hassan Ali seperti didakwa oleh Mustafa Ali  hanya sekali dua hadir ke mesyuarat Pas Pusat dan tidak pernah menghadiri mesyuarat Pas negeri walaupun diminta berbuat demikian. Oleh itu, dia memilih media musuh partinya untuk mengkritik dasar parti dan meluahkan rasa tidak puas hatinya (tidak puas hati atau skrip UMCO?) dalam beberapa isu berkaitan dengan kes liwat DSAI. Walaupun ditegur, dia masih memilih media yang rapat dengan UMCO untuk mengkritik dasar parti, komitmen parti, memperlekeh keputusan parti, dan kenyataannya yang bernada UMCO itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pemimpin PR yang lain.

Mungkin kerana sudah agak selesa memegang jawatan dan menerima sanjungan daripada rakyat atas kapasitinya sebagai pemimpin PAS, dia mungkin lupa tentang kedudukannya tanpa Reformasi 1998. Tanpa Reformasi 1998 (Drama Liwat 1), PAS, DAP tidak akan menikmati kejayaan sebesar hari ini. Kedua-dua parti itu akan kekal di takuk lama dan hanya mampu menjadi pemain kecil dalam senario politik negara. Tanpa kezaliman dan fitnah terhadap DSAI, tanpa perjuangan DSAI membuktikan dirinya tidak bersalah yang dianggap oleh Hassan Ali sebagai "kotor", usah mimpilah Hasan Ali dapat duduk di kerusi empuk exco Selangor atas kapasitimya sebagai pemimpin PAS. Saya bukan mahu mengipas sesiapa, namun itu realiti pahit yang harus ditelan oleh  kelompok yang termakan dakyah UMCO yang mengaitkan DSAI dengan pelbagai salah laku moral yang amat mengaibkan.


P/s: Hanya Nasharudin Mat Isa diketahui memberikan sokongan kepada Hasan Ali. Moga-moga tidak ada pemimpin PAS lain terpengaruh oleh retorik sahabat Ibrahim Ali dan Zul Nordin ini. Kata Zul Nordin dalam berita di RTM malam tadi, tanpa Hasan Ali PAS tidak lagi berjuang untuk Islam.

1 comments:

  1. Tuan blogger, saya cadangkan setiap artikel yang di pos kan disini disertakan dengan tarikh dan masa.

    Terima Kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.