Alhamdulillah... Para Jemaah 14 buah Surau Menyambut Baik Keprihatinan ADUN Alor Mengkudu Menghadiahkan Kipas Angin Bersaiz Besar


http://www.wartakedah.net/images/kipah.jpg

Alor Setar - ADUN Alor Mengkudu YB. Dr. Ismail Salleh mengagihkan 14 buah kipas bersaiz besar kepada 14 buah surau yang terdapat dalam kawasan DUN Alor Mengkudu.

Beliau yang juga selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, menyampaikan sumbangan kepada wakil setiap surau dalam satu upacara ringkas yang diadakan di Pusat Khidmatnya di Alor Mengkudu.

Sementara itu semua penerima mengucapkan terima kasih kepada Dr. Ismail dan menyifatkan pemberian kipas tepat pada masanya memandangkan Kedah sedang memasuki musim kemarau sekarang ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.