Pelakon Ditahan Polis Ketika Asyik Menari Di Pusat Hiburan Jalan Bukit Bintang

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pelakon lelaki yang turut merayakan malam sambutan Tahun Baru Cina dengan berpesta di kelab malam memakan diri apabila dia merupakan antara 200 pengunjung yang ditahan selepas polis menyerbu lima buah premis di Bukit Bintang dan Jalan Doraisamy di sini semalam.

Difahamkan, pelakon tambahan lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu pergi ke situ bersama beberapa rakannya untuk berhibur. Dia dikatakan berlakon dalam sebuah drama yang pernah ditayangkan di sebuah stesen televisyen swasta.


Ketika serbuan serentak di lima buah premis hiburan pada pukul 2 pagi itu, artis itu dan rakannya bagaimanapun dibebaskan selepas didapati mereka tidak mengambil sebarang dadah. Mereka dipercayai ditahan ketika sedang asyik menari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, pihaknya membuat serbuan selepas menerima maklumat mengatakan terdapat remaja bawah umur memasuki premis berkenaan tanpa sebarang sekatan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.