Permasalahan Yang Timbul Akan Diatasi - Anak Syarikat Kerajaan Negeri, KCE Terus Beroperasi

http://3.bp.blogspot.com/_4HEoTgASnh8/S9RKdRXTlsI/AAAAAAAAAGw/zdA4_75nOwg/S211/logo+kce.jpgALOR SETAR, 11 Jan: Kerajaan Negeri Kedah mengambil keputusan tidak akan menutup anak syarikatnya, Kedah Communication & Event Sdn Bhd (KCE) sepertimana keputusan yang telah dicapai semalam.

Menurut Exco Kerajaan Negeri, S.Manikumar, KCE tidak akan ditutup. Namun pengurusannya telah diberi jangkamasa tertentu untuk melihat kembali segala permasalahan yang timbul.


"Kita akan cuba mempertahankan anak syarikat kerajaan negeri ini melalui aspek penambahbaikan yang telah dikenal pasti. Ini termasuklah dalam aspek pengurusan.


"Buat ketika ini, ia masih beroperasi seperti biasa. Terdapat harapan besar pada KCE dan kita yakin sepenuhnya pada Perbadanan Menteri Besar Kedah atau PMBKed untuk mengatasi masalah yang timbul. Sebagai Pengerusi KCE saya akan melakukan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini, " katanya.



Baru-baru ini desas-desus mengenai penutupan KCE telah hangat diperkatakan di negeri ini.

Timbulnya isu ini adalah ekoran notis pemberhentian kerja dan operasi yang ditandatangani oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Fuad Mohd Ali yang diterima oleh kakitangan anak syarikat tersebut.


Ekoran itu kebimbangan wujud dikalangan kakitangan kerana bimbang hilang punca pendapatan.


Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Bakar Din turut menyatakan pengurusan KCE akan distruktur semula berikutan kewujudan masalah dalaman yang dihadapi oleh anak syarikat tersebut.


Manikumar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Bukit Selambau, turut memberi keyakinan akan melaksanakan tanggungjawab yang dipikulkan ke atasnya dengan terbaik bagi membantu menangani masalah tersebut.

1 comments:

  1. Siapa kata tak tutup? Tu cuma kenyataan politik nak meredakan keadaan bila isu dah masuk suratkhabar...mengikut sumber dalaman, operasi syarikat tetap akan ditutup berkuatkuasa 31 Januari ini. Perbadanan Menteri Besar Kedah(PMBKed) menawarkan 3 bulan gaji kepada pekerja yang akan diberhentikan.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.