Kali ini, mereka berdua dijadual membentangkan analisis berhubung Rancangan Malaysia ke-10 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Menurut penganjurnya, The Leaders - majalah kewangan terkemuka - forum tersebut diharapkan dapat menyalurkan ringkasan komprehensif terhadap rancangan itu, termasuk membahaskannya daripada aspek modal insan.
"Menemukan dua pihak yang berbeza parti politik, Khairy dan Khalid akan berkongsi pandang mereka berhubung RMK10 dan apa kepentingannya kepada sektor perniagaan dan individu," jelas The Leaders salam satu kenyataan hari ini.
Pada 1 Ogos
Bagaimanapun, tumpuan pelbagai pihak ketika itu hanya berpusat kepada Khairy dan Ibrahim ekoran pertelingkahan dan kata-mengata kedua-dua pemimpin itu dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang panas ketika itu.
Sehubungan itu, pertemuan Rabu depan ini dilihat bakal menghasilkan debat yang hangat dengan hujah-hujah dan sindiran tajam masing-masing.
Ini kerana, disamping mempunyai retorik yang menarik, kedua-dua pemimpin yang sering dirundung kontroversi itu dilihat 'agak intelektual' kerana mendapat pendidikan tinggi daripada universiti luar negera.
"Di akhir program, penganjur harap terdapat pihak pembuat keputusan daripada pelbagai industri bersama-sama berkongsi pandangan dan pengalaman unik masing-masing dalam mendepani cabaran masa lalu dan merancang tindakan untuk masa depan," kata kenyataan itu.
Forum dua bulan sekali The Leaders sekali merupakan nilai tambah yang ditawarkan oleh penerbitnya MY Events Publication bagi mengemaskan jaringan antara syarikat dan pembuat keputusan.
Majalah dengan edaran 10,000 naskhah itu dikenali peneraju sebagai media untuk perniagaan, berita politik dan trend.
0 comments:
Post a Comment