Langsung Dari Mahkamah Tinggi KL: Bicara Liwat II - Kenyataan Anwar berdasarkan fakta, kata Karpal

Peguam Karpal Singh menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam affidavit terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DPP Farah Azlina Latif - bahawa mereka berdua mempunyai hubungan intim dan maklumat penting telah bertukar tangan - bukanlah satu tuduhan semata-mata, tetapi merupakan fakta.

Katanya, Anwar telah memperolehi maklumat tersebut (mengenai hubungan intim tersebut dan kebocoran dokumen dan maklumat) dari sumber yang boleh dipercayai.

Oleh itu, tegasnya lagi, kenyataan dalam afidavit tersebut adalah kenyataan fakta.

Ianya bukannya hanya cakap-cakap tetapi satu fakta yang belum dibantah dalam dua afidavit balas, tegas Karpal.

Kedua-dua afidavit tersebut, yang dikemukakan oleh DPP Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai menyiasat Jude Blacious Pereira, menyangkal sebarang pengetahuan mengenai hubungan intim Saiful dan Farah dan juga menafikan dakwaan bahawa Farah dan Saiful tahu mengenai kertas siasatan dan dokumen-dokumen lain.

Karpal memohon kepada mahkamah dan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk menggunakan kuasanya memanggil Saiful dan Farah sebagai saksi.

Oleh itu, beliau memohon hakim mendapatkan kebenaran bagi mencapaikan keputusan yang adil.

Dan ianya, sambung Karpal lagi, hanya boleh diperolehi dengan memanggil Farah dan Saiful sebagai saksi untuk mengetahui kebenarannya.

Oleh itu, tegas Karpal, bagaimanakah kebenaran boleh diketahui sekiranya kedua-dua mereka tidak dipanggil sebagai saksi.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan sama ada pihak pembelaan boleh memfailkan afidavit terhadap Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hanafiah Zakaria, yang dikatakan melakukan kesalahan syariah iaitu berpoligami.

Terdahulu, mahkamah yang sama petang ini menolak permohonan pihak pembelaan untuk memanggil saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif untuk menjawab dakwaan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan romantik.

1 comments:

  1. Depa bukan pakai FAKTA tapi pakai AUTA... depa akan cari jalan nak putaq....
    tak payak dok heran lah wei...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.