Video: Pesawat Kargo Terhempas dan Terbelah Dua Di Airport Fahd al-Homoud, Arab Saudi




Gambar Sebuah pesawat kargo Lufthansa terbelah dua selepas terbakar di sebuah lapangan terbang di Riyadh.

RIYADH - Sebuah pesawat kargo milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa terbakar sebelum terbelah dua semasa melakukan pendaratan di ibu negara Arab Saudi, Riyadh baru-baru ini, kata seorang pegawai lapangan terbang, Fahd al-Hamoud.

Namun, juruterbang dan pembantunya, kedua-duanya ialah rakyat Jerman, dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan mereka dirawat di sebuah hospital tentera.

"Pesawat jenis MD-11 itu sudah menghampiri kawasan lapangan terbang apabila ia terbakar sebelum beberapa buah enjin kapal terbang itu tidak berfungsi sebelum terhempas dan terbelah dua," kata Fahd.

Anggota-anggota petugas pertahanan awam mengambil masa selama tiga jam untuk mengawal kebakaran manakala stesen televisyen satelit Al-Arabiya menyiarkan secara langsung visual pesawat yang membawa 90 tan kargo itu terbakar.

Seorang jurucakap bahagian kargo Lufthansa di Jerman, Michael Goentgens berkata, pesawat itu berlepas dari Frankfurt dan dikesan mengalami masalah semasa cuba mendarat di Riyadh namun dia enggan menyatakan punca sebenar kejadian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.