Jom!! Sapa2 Nak Tengok Muka Timbalan Pendakwa Raya Yang Ada 'Hubungan Cinta' Dengan Saiful


Sebelum ini, heboh fasal kisah "hubungan cinta" sehingga didakwa melibatkan hubungan kelamin seperti yang disiarkan dalam Malaysia Today baru-baru ini. Blog ini ada menyiarkan berita berkaitan:Saiful Ada Hubungan Cinta dengan Pendakwa Raya? Hubungan Kelamin? Wow!

Hari ini Peguam Negara mengumumkan bahawa DPP Farah yang dikaitkan dengan Saiful digugurkan daripada pasukan pendakwaan. Lazimnya, bukan mudah pasukan pendakwa menggugurkan anggota pasukan mereka.

Beberapa kali dalam kes yang melibatkan DSAI, pasukan pendakwa tetap mempertahankan anggota pasukan mereka biarpun digesa oleh pihak pembela agar mereka digugurkan atas sebab-sebab tertentu. Malah, permintaan untuk menukarkan hakim ditolak mentah-mentah oleh pihak mahkamah

Namun, kali ini pejabat Peguam Negara membuat keputusan menggugurkan Farah kerana mahu menjaga nama baik jabatan. Jeng...jeng...jeng! Benarkah begitu? Atau sememangnya apa-apa yang ditulis oleh RPK itu ada kebenarannya? Jika benar dakwaan RPK, anda nilaikanlah sendiri perkara yang tersirat di balik kes yang melibatkan "pelakon drama" terhebat abad ini.

Seperkara lagi, Dato Mukriz ada membuat kenyataan. Kata beliau,"Beberapa tahun lepas, saya bertanya kepadanya tentang beberapa laporan yang beliau tulis. Saya tanya 'dari mana anda dapat fakta berkenaan' dan berkata secara selamba bahawa rencana tulisannya hanya mengandungi 40 peratus fakta dan selebihnya beliau tokok tambah." Mungkin cerita sensasi ini termasuk dalam kumpulan 40% fakta!

Agak-agak, bila Si "Drama King" ini mahu bersumpah laknat di masjid untuk membersihkan namanya?

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 27 Julai — Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.

Tan Sri Abdul Gani Patail
mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani
berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

“Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

“Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.
Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.

Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.
“Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu.

Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Ketika dihubungi
The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof.

Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.
Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
SUMBER

3 comments:

  1. Walau apa pun rasanya tajuk tersebut lebih kepada mengaibkan jadi sebaik-baiknya kita elakkan sebab tiada bukti sahih dan tindakan AG untuk mengelak konflik dan harus dipersetujui (walaupun kes ini sendiri penuh dengan kelam kalibutnya). Kena faham pertuduhan (jangan kiralah puak puak tu...) zina adalah menjadi tanggungjawab yang dituduh membawa 4 saksi yang tidak fasiq jadi janganlah kita terbabit sama menuduh... walaupun saya amat berminat untuk mengetahui apa tindakan JAWI.

    ReplyDelete
  2. Silap - yang menuduh bukan yang dituduh.....

    ReplyDelete
  3. Dengan doa orang yang kena zalim dan difitnah, Allah sudah bayar tunai didunia lagi. kesian kat peguam cara negara, pening kepala dok fikir fasal farah pula. Nasib badan, apa nak buat, kalau boleh perosok anuar ibrahim kedalam penjara sungai buloh cepat sikit naik pangkat, kan!, kan!, kan!. Belajar lah dengan jamil anak pak ngah baharom tu cara nak bodek bos.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.