Saya telah menfailkan usul di bawah peraturan mesyuarat 18 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 7 Julai, 2010, berhubung kenyataan peguam, Americk Sidhu untuk membalas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru yang dibuat pada 30 Jun, bahawa penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam mendakwa kos sara hidupnya di London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jakishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.
Sungguhpun kes pembunuhan Altantuya Sharribuu telah selesai dibicarakan pada 9 April, 2009, yang mana dua suspek, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati, tetapi sebaran media antarabangsa yang telah menjejaskan imej Negara masih membara.
Kemudian pada 4 Disember 2010, SUARAM telah menfailkan petition di mahkamah tinggi Perancis, berhubung kes rasuah dan penyelewengen yang berlaku dalam urusniaga kapal selam Scorpene antara DCN, pembekal senjata Perancis dengan kerajaan Malaysia yang melibatkan RM 4.7 billion.
Pendakwaraya Perancis telah mulakan siasatan pada Mac 2010 di mana DCN disiasat berhubung dakwaan komisen dalam beberapa usrusniaga pembelian senjata yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis.
P. Balasubramaniam telah membuat dua surat sumpah yang bercanggah isinya sebelum lari ke London atas alasan nyawa peribadi dan keluarganya telah diancam. Kedua-dua surat sumpah ini mengungkitkan hubungan Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya, yang berperanan sebagai ahli penterjemah dalam urusniaga kapal selam.
Dalam kenyataan P. Balasubramanim baru-baru ini, nama isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor diungkitkan sebagai dalang di sebalik pelarian beliau. Ini telah mengakibatkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan laman web dalaman dan luar negara menimbulkan berbagai syak wasangka dan anggapan negatif terhadap isteri PM. Sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat dan berwibawa, sepatutnya membenarkan usul ini dibahaskan dalam dewan untuk memberikan penjelasan yang postif untuk mengikiskan tuduhan yang negatif demi menjaga maruah Negara, Perdana Menteri dan Isteri Perdana Menteri.
Mengikut peraturan mesyuarat 18(1), sesuatu usul penangguhan hanya dibenarkan dibahaskan dalam dewan berpandukan kepada 3 syarat, iaitu:-
a) Perkara tertentu.
b) Berkehendak disegerakan, dan
c) Kepentingan orang ramai.
b) Berkehendak disegerakan, dan
c) Kepentingan orang ramai.
Syarat (b) berkehendak disegerakan di mana sungguhpun kes pembunuhan Altantuya telah selesai dibicarakan, tetapi susulannya isu-isu yang berkaitan masih membara di media antarabangsa seperti isu rancangan cerita bersiri TVB, isu komisen kapal selam Scorpenedan isu saman Setev Shaariibuu yang ditaja oleh kerajaan Mongolia akan mencacat-celakan hubungan diplomatik negara kita dengan negara Perancis dan Mongolia.
Syarat (c) kepentingan orang ramai di mana setelah tersebarnya kenyataan P. Balasubramaniam yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya, Rosmah Mansor di laman web, sudah tentu kenyataan ini akan disabotajkan yang secara langsung akan menjejaskan imej negara kita. Perdana Menteri sebagai ketua negara telah berulang-kali diungkitkan sejak kes pembunuhan Altantuya sehingga kenyataan P.Balasubramaniam baru-baru ini perlu dibahaskan dan diperjelaskan dalam dewan untuk menjaga kepentingan umum dan maruah bangsa kita.
*Kenyataan oleh Er Teck Hwa selaku ahli parliament Bakri - DAP, Johor pada 9 Julai 2010.
0 comments:
Post a Comment