Suara Perkasa Sekadar Diberi AMARAN KERAS... Siapa La Ka Siong Tu??

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran keras kepadaSuara Perkasa, akhabar rasmi Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA), berhubung artikel bertajuk "Tahan Ka Siong Bawah ISA" pada edisi sulungnya minggu lalu.

"Memandangkan Suara Perkasakeluaran bertarikh 1 hingga 15 Julai itu merupakan penerbitannya yang pertama dan ini juga adalah pelanggaran syarat yang pertama, maka kementerian memutuskan untuk memberi amaran keras," kata KDN dalam kenyataan malam semalam.

Ketua Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Datuk Zaitun Ab Samad berkata perkara itu diputuskan selepas mesyuarat dan perbincangan berhubung penerbitan akhbar itu lewat petang semalam.

Justeru itu, katanya, KDN juga akan meningkatkan tindakan pemantauan ke atas setiap keluaran akhbar tabloid bagi memastikan syarat permit dan garis panduan penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipatuhi.

Rentetan daripada artikel berkenaan, KDN telah memanggil Ketua Pengarangnya Daud Ibrahim untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai kanan kementerian semalam, susulan daripada pertemuan dengan editor Amirudin Mohamad, Jumaat lalu.

Artikel itu merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, dua minggu lalu.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.