Kemalangan Berganda: 6 Parah, 19 Cedera di Lebuhraya Karak

6 Parah, 19 Cedera -Bas Persiaran Rempuh Treler



KM48- dan KM48-6
Lebuhraya Karak Arah K Lumpur
sebelum susur Bukit Tinggi,
Bentong, Pahang
7 Jul 2010
2-30 pagi

Maklumat ini masih belum lengkap. Saya akan update secepat mungkin.

Kejadian ini membabitkan dua kemalangan melibatkan 5 kenderaan -sebuah bas persiaran, sebuah treler, sebuah treler pengangkut, sebuah Perodua Kancil dan sebuah Van.

Kes berlaku kira-kira jam 2-15 pagi di KM48-5 Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur sebelum susur Bukit Tinggi.

Bas Persiaran ini membawa kira-kira 40 penumpang dalam perjalanan dari Jengka Pahang menuju Kuala Lumpur.

Setibanya di tempat kejadian, bas ini merempuh belakang sebuah treler sarat dengan muatan besi pembinaan.

Akibatnya, bahagian hadapan bas ini remuk menyebabkan pemandunya cedera parah termasuk 5 lagi penumpang.

17 penumpang cedera ringan.

Sekurang-kurangnya 9 buah ambulan - 2 buah dari Hospital Bentong, 4 Jabatan Pertahanan Awam, 1 Hospital Selayang , 1 Hospital Kuala Lumpur dan 1 Bulan Sabit Merah Malaysia tiba di lokasi.

Lebih 20 mangsa di bawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Kira-kira setengah jam kemudian, sebuah treler pengangkut 80 tayar, terpaksa berhenti kira-kira 100 meter di belakang kemalangan ini, di KM48-6.

Ini kerana, muatannya yang besar iaitu sebuah dandang seberat 75 tan tidak dapat melepasi laluan lebuhraya kerana keadaan bas yang menyekat laluan.

Dandang ini dibawa dari Kuantan untuk ke West Port Pelabuhan Klang untuk dibawa dengan kapal ke Thailand.

Di belakang treler pengangkut ini, sebuah perodua Kancil yang mengiringi treler itu, berhenti. Seorang pekerja berada di dalamnya.

Beberapa minit kemudian sebuah van dipandu seorang lelaki terus merempuh belakang Kancil terbabit menyebabkan Kancil terhumban ke arah belakang treler pengangkut.

Van terhumban ke dalam longkang.

Pemandu van dan pekerja di dalam Kancil cedera dan dihantar oleh ambulan yang masih berada di lokasi.



sumber (terima kasih sahabat)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.