PKR: Wartawan, editor SK nak makan apa?

Pengarah Stategi PKR Tian Chua berkata parti itu akan terus menerbit dan mengedarkan lidah rasminya Suara Keadilan sehingga pihaknya menerima pemberitahuan daripada Kementerian Dalam Negeri bahawa ia diharamkan.

"Kami berpendirian kami akan teruskan (terbitkannya)," kata Tian Chua dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini,

Beliau yang juga ahli parlimen Batu menambah beliau menemui sendiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong berhubung perkara itu tetapi belum mendapat sebarang jawapan putus sama ada Suara Keadilan diharamkan atau tidak.

"Saya tanya dia terus, adakah kerajaan berhasrat mengharamkan akhbar kita. Jika ya, keluarkan surat katakan 'kami haramkan kamu.'

Katanya, walapun KDN boleh menyaman dan mengharamkan akhbar "tetapi sampai sekarang tiada apa-apa."

Tambahnya, setakat ini Suara Keadilan telah menjawab surat tunjuk sebab daripada KDN tetapi masih tidak menjawab berhubung perkara itu.

Katanya kenyataan bahawa KDN masih mempertimbangkan perkara itu masih tidak cukup baik.

"Jika begitu, kami tidak boleh tunggu jika prosesnya sampai 6 bulan. Bagaimana dengan wartawan dan editor, lebih 20 kakitangan, siapa hendak bayar mereka? Mereka hendak makan apa?" soalnya.

Bagaimanapun tambahnya walaupun lidah rasminya diharamkan mereka tidak akan mengedarkan secara sembunyi-sembunyi di malam hari.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.