Kaya Raya Sungguh Ketua Menteri Sarawak??

taibOleh Roselind Jarrow

SIBU: Seorang "warga negara prihatin dan pembayar cukai" memandu jauh dari Simanggang untuk sampai ke bandar Sibu semalam, semata-mata untuk membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan kekayaan Ketua Menteri Taib Mahmud berupa hartanah di luar negara bernilai berbilion ringgit.

Menyifatkan sebagai tanggungjawabnya, Cobbold John Lusoi berkata, beliau tidak mempunyai pilihan melainkan datang sendiri ke Sibu kerana Simanggang tidak mempunyai pejabat SPRM.

"Saya rasa menjadi tanggungjawab saya sebagai warga negara dan pembayar cukai membuat laporan dengan SPRM terhadap ketua menteri.

"Saya memandu dari Simanggang pagi ini (semalam) sebab di sana tidak ada pejabat SPRM," kata Lusoi kepada Free Malaysia Today, semalam.

Laporan daripada Lusoi merupakan keempat dari beberapa siri laporan dengan SPRM terhadap Taib, yang juga didakwa telah menyalahguna kuasa.

Pada 7 Julai, laporan yang serupa telah disampaikan kepada pegawai-pegawai SPRM di Wisma Persekutuan di Miri oleh dua ahli PKR. Laporan-laporan yang serupa juga disampaikan di ibu pejabat SPRM Putrajaya di Semenanjung Malaysia.


"The Sarawak Report"

Semula laporan SPRM terhadap Taib berdasarkan beberapa artikel dalam portal berita, "The Sarawak Report", yang mendakwa Taib dan keluarganya mempunyai empayar perniagaan di luar negara bernilai berbilion ringgit.

Anak perempuannya Jamilah dilaporkan menerajui sebuah entiti perniagaan konglomerat di Kanada, England dan Australia.

Parti politik Taib, Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) bagaimanapun menyifatkan tuduhan-tuduhan ini sebagai satu "pembohongan". Tetapi untuk menyanggah "pembohongan" ini PBB telah membentuk satu unit untuk memantau laporan-laporan ini dalam blog dan laman web.

Arahan terbaru dari pejabat Ketua Menteri ialah menyekat semua media tempatan dari terus menerbitkan laporan-laporan mengenai isu ini.

Sementara itu, Lusoi, pengerusi ranting PKR Simanggang berkata, lebih banyak laporan akan dibuat di bandar-bandar lain seperti Bintulu dan Limbang.

"Kami akan terus membuat laporan sehingga pegawai-pegawai SPRM menjalankan siasatan ke atas perkara ini.

Jumlah hartanah yang banyak yang dimiliki oleh Taib dan keluarganya menjadi isu penting kepada semua pihak.

"Setiap orang, sama ada rakyat Sarawak, Sabah atau Semenanjung Malaysia bercakap mengenai dakwaan kekayaan yang dipercayai diperoleh secara haram.

"Jadi, tiada sebab kenapa SPRM harus berdiam diri," tambah Lusoi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.