KPN Arah Siasatan Segera Penajaan PKR Terhadap RPK.. Cepatnya!!!

KUALA LUMPUR 4 Julai - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya telah mengarahkan agar siasatan segera dijalankan terhadap semua bukti berhubung penajaan Raja Petra Kamaruddin di United Kingdom (UK), seperti didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, semalam.

Beliau menegaskan, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menaja atau melindungi Raja Petra kerana pengendali laman portal Malaysia Today itu merupakan pesalah undang-undang.

"Saya telah mengarahkan pegawai-pegawai saya untuk menyiasat perkara itu (bukti-bukti) dan jika benar, polis akan ambil tindakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Nazri dalam laporan akhbar hari ini berkata, kerajaan mempunyai bukti-bukti mengaitkan pembabitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menaja Raja Petra dalam bentuk kewangan.

Katanya: "Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar (kepada Raja Petra). Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000. RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu."

Isu mengenai pembiayaan Raja Petra oleh PKR tercetus berikutan tersiarnya gambar yang menunjukkan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bersama Raja Petra di UK, dalam laman portal Malaysia Today.

Ia sekali gus menimbulkan persepsi kemungkinan parti itu terlibat menyembunyikan Raja Petra daripada pihak berkuasa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.