Ketua Pengarah JPA disebut bakal ganti KSN Mohd Sidek

Kontrak Sidek dijadualkan berakhir 23 Jun 2011. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru dilantik, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang kontraknya sebagai Ketua Setiausaha Negara akan berakhir dalam 11 bulan lagi.

Mohd Sidek disambung kontrak setahun lagi sehingga 23 Jun 2011 selepas mencatatkan rekod keberkesanan perkhidmatan kerajaan sebagai “cap dagangan” sepanjang kepimpinannya selama empat tahun lalu.

Bagaimanapun difahamkan perang mulut dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kritikan pegawai persekutuan terhadap Setiausaha Agung DAP itu, mula menjejaskan keberkesanan kepimpinan ketua kakitangan awam ini.

Malah difahamkan, gesaan beliau berhubung inisiatif sistem penyampaian perkhidmatan awam telah menjadikannya sangat tidak popular di kalangan rakan-rakannya dalam tenaga kerja sektor awam sekarang yang jumlahnya kira-kira 1.2 juta orang.

Mohd Sidek, 59, yang menceburi perkhidmatan awam pada 1974, memiliki ijazah sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dari New Hampshire College, Amerika Syarikat, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 3 September 2006 dan memegang jawatan itu sehingga tempoh persaraan wajab 56 tahun pada 23 Jun 2007.

The Malaysian Insider difahamkan Mohd Sidek mahu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom menjadi penggantinya.

Mohd Zain merupakan setiausaha rendah dan penolong pengarah kanan di Bahagian Perdagangan Antarabangsa semasa Mohd Sidek merupakan Ketua Setiausaha MITI.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat memihak pemilihan Abu Bakar sebagai bakal pengganti tempat Mohd Sidek.

Abu Bakar, 55, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menggantikan Tan Sri Ismail Adam, 60, pada 1 Julai lalu.

Beliau merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan ketika Najib menerajui kementerian itu.

Kepimpinan Najib menerajui kementerian itu telah diselubungi beberapa kontroversi termasuk tender pembelian Eurocopter dan kapal selam Scorpene serta kejadian kehilangan dua enjin jet pejuang TUDM.

Pesara-pesara pegawai kanan kerajaan lazimnya akan ditawarkan dengan jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan dengan kerajaan, selain dilantik mengetuai agensi-agensi kerajaan atau dilantik sebagai diplomat.

2 comments:

  1. Satu lagi tindakan yang akan menjejaskan kerajaan sekiranya si Abu Bakar tu di jadikan pengganti SIdek. Cuba selideki apa yang dah di buat nya di Kementerian Pertahanan. Tak ada buat apa kecuali nak kompol komisyen...
    Lingkup lah Najib.....

    ReplyDelete
  2. Kena tahu juga, sejak dia jadi ketua pengarah perkhidmatan awam, kakitangan kerajaan berapa kali dapat bonus. kalau tak dapat, nyatalah dia ni kaki angguk, ya tuan, saya yang menurut perintah, asal aku naik pangkat, hampa semua jangan naik. najib lagi seronok, kaki tangan tak berani minta bonus. kali ni presiden cuepacs kena ikat kaki dan tangan. yang melopong, ahli cuepacs yang bayar yuran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.