Mari Kita Tunaikan Solat Hajat Di Seluruh Negara Malam Ini


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah malam ini bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berharap solat hajat itu dapat diadakan serentak selepas solat Maghrib hari ini dan diteruskan selepas solat Jumaat ini.

"Pendekatan (solat hajat) itu perlu dilaksanakan segera bagi memohon perlindungan Allah kepada sukarelawan terbabit sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keganasan tentera Israel terhadap sukarelawan yang menaiki kapal "Mavi Marmara" yang terlibat dalam misi "Flotila Kebebasan" bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Wan Mohamad juga menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan bagi menzahirkan rasa marah mereka terhadap keganasan tentera Israel itu supaya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jakim, pihak berkuasa agama negeri serta polis.

"Kita boleh melahirkan rasa marah dan berhak merasa marah kepada pihak yang zalim. Bagaimanapun tindakan kita hendaklah selari dengan peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Reaksi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam sewajarnya melambangkan kematangan kita dalam menangani isu yang mencabar ini," katanya. - BERNAMA

1 comments:

  1. Semua ummat islam, itulah jalan terbaik memohon kehadrat Allah. Kita berharap semua masjid seluruh negara menunaikan solat hajat malam ini selepas solat isyak. lebeh baik ditunaikan sebanyak 12 rokaat.ALLAH MAHA BESAR, MAHA BERKUASA, DIALAH MENENTUKAN SEGALA-GALANYA. Apa pun jemaah yang mahu mengerjakan solat itu, mestilah dilakukan dengan penuh khusyuk. Doa kita juga semuga Allah melindungi rakan-rakan kita yang terlibat. Bagi seluruh rakyat malaysia yang menganuti agama lain, mereka juga boleh lakukan cara amalan agama dia orang. ERTIKATA YANG SEBENARNYA RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA BERSATU DALAM MENANGANI SESUATU ISSUE. JIKA BOLEH PERDANA MENTERI, TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN JUGA RAJA-RAJA IKUT SERTA DALAM MENUNAIKAN SOLAT HAJAT ITU. Cuma sekadar pandangan rakyat marhain malaysia sejahtera.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.