Semangat 1Malaysia : Semua Kaum Boleh Memohon Pinjaman Tekun - Melayu Semakin Terpinggir La Jawabnya

Peniaga kecil kaum Cina sekarang boleh memohon pinjaman di bawah dana khas Tekun Nasional.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata walaupun pinjaman Tekun itu bagi membantu ahli perniagaan Bumiputera, tetapi kerajaan kini memutuskan untuk memanjangkan kemudahan itu untuk kaum Cina, selain kaum India.

"Ini adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia, inisiatif Perdana Menteri.

"Seramai 10 peniaga Cina memperolehi kemudahan ini di Hulu Selangor baru-baru ini. Dan hari ini, tiga peniaga di Sibu turut mendapat manfaat yang sama," katanya kepada pemberita selepas melancarkan seminar keusahawanan Tekun melibatkan 700 peserta dan juga pelancaran Kelab Komuniti Usahawan Tekun yang pertama di negeri itu hari Khamis.

Sejak 2008 sejumlah RM35 juta pinjaman telah diberikan kepada kaum India, katanya.

Noh berkata untuk permulaan sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan untuk dana khas Tekun bagi membantu ahli perniagaan Cina.

Beliau bagaimanapun berkata selain Tekun, terdapat lapan lagi agensi lain yang menawarkan pinjaman mikro.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan dalam ucapannya berkata sebanyak RM1.5 bilion pinjaman Tekun telah dikeluarkan kepada 205,278 peminjam di seluruh negara sejak 1999 sehingga Mac tahun ini.

Sementara di Sarawak, seramai 12,542 pemohon dengan nilai pinjaman RM56.7 juta, katanya.

Beliau menambah Sarawak juga merupakan negeri kedua selepas Kelantan yang mencatatkan rekod pembayaran terbaik di seluruh negara. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.