PRK Sibu : Polis Tahan Pemimpin AMK Laung Nama Altantuya.. Masih Berhantu Rupanya Walaupun Dah Lama DiBom


SIBU 8 Mei - Timbalan Ketua Angkatan Muda (AMK) Fariz Musa hari ini membantah tindakan polis yang menahan Timbalan Ketua AMK Cabang Kuala Lipis, Nor Azwan Ramli yang didakwa mengeluarkan perkataan menghasut semasa hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Bandar Sibu pagi tadi.

Azwan yang ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kini sedang disoal siasat di Balai Polis Sentral Sibu dengan ditemani Fariz dan beberapa langgota AMK .
"Saya berasa tangkapan ini adalah berunsur politik dan Umno-Barisan Nasional menggunakan polis untuk memberikan tekanan kepada Pakatan Rakyat yang akan bertanding di Sibu.

"Kita melihat Umno-BN begitu takut sekali apabila kita bangkitkan isu 'Altantuya' , mereka masih lagi tidak boleh lari dari kes tersebut dan ini menghantui mereka," tegas beliau kepada Suara Keadilan.

Menurut Fariz lagi, AMK akan terus menggerakkan jentera pilihanvraya tanpa rasa takut dan gentar dengan tindakan pihak polis dan akan terus memberikan penerangan dengan lebih jelas lagi kepada rakyat terutamanya orang Melayu di kawasan di Dewan Undangan Negeri Nangka berhubung isu tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.