MP Kapar `tidak percaya dengan SPRM.’ Buat Laporan Polis Berkaitan Dakwaan Rasuah Pegawai KSSB.

PETALING JAYA: Ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam akhirnya membuat laporan polis berhubung dakwaan rasuah dalam syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Beliau membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Klang kira-kira jam 1 tengah hari tadi dan berakhir 40 minit kemudian.

Ahli parlimen itu memohon satu siasatan terperinci oleh jawatankuasa khas polis berhubung pecah amanah dan rasuah yang didakwa berlaku dalam syarikat tersebut.
Dalam laporan polis, Manikavasagam menyerahkan tiga nama pegawai tinggi syarikat itu yang menurutnya dipercayai terbabit dengan amalan rasuah.

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi wujud anasir salah urus disebabkan kepincangan atasan dalam syarikat tersebut..

Menurutnya, akaun syarikat yang tidak dikemaskini menyebabkan kutipan berjuta ringgit tidak dilakukan "Syarikat juga memberi rebet atau diskaun yang melampau kepada syarikat tertentu. Syarikat gagal mencapai sasaran perniagaan yang ditetapkan tetapi kenaikan gaji pegawai tertentu dua kali ganda dan dibayar bonus empat bulan

"Ada pelombong pasir yang mendapat permit tanpa membayar royalti atau bentuk ‘monetary’ kepada syarikat," katanya dalam laporan polis itu.

Dakwa Manikavasagam lagi, syarikat mengeluarkan doket pengangkutan kepada syarikat termasuk pelombong haram, manakala permohonan pelombong tidak dipertimbangkan.
Tambahnya, Kumpulan Semesta membenarkan pengangkutan keluar pasir tanpa bayaran menyebabkan akaun tertunggak sehingga berjuta ringgit walhal polisi syarikat adalah membuat pra bayar.

Katanya, beliau membuat laporan itu selepas disuruh berbuat demikian oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadakan pertemuan pagi tadi.

"Saya menyerahkan dokumen kepada menteri besar mengenai dakwaan rasuah yang berlaku dalam syarikat tersebut.

"Saya juga menyerahkan tiga nama pegawai syarikat yang dikatakan terbabit dengan rasuah untuk pengetahuan dan tindakan menteri besar.

"Pertemuan berlangsung di pejabat menteri besar di Shah Alam selama 40 minit bermula jam 9.30 pagi tadi. Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Nik Nazmi Ahmad," katanya.
Manikavasagam sepatutnya membuat laporan polis semalam tetapi dikatakan menukar fikiran di saat akhir.

Menurutnya, dalam pertemuan dengan menteri besar, Khalid memujinya kerana berani mendedahkan isu tersebut dan mempunyai semangat melawan rasuah.

"Menteri besar memberitahu saya, kalau abang atau adiknya (Khalid) terbabit, U (kamu) buat laporan polis.

"Saya kagum dengan semangat menteri besar. Dia mempunyai semangat dan keinginan membasmi rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," kata Manikavasagam.

KSSB ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pakatan rakyat bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu di Selangor.

Isnin lalu sekumpulan pegawai Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) menemuinya di pejabat Manikavasagam di Kapar berhubung dakwaannya berlaku rasuah dalam syarikat tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan bekerjasama termasuk menyerahkan dokumen mengenai dakwaan rasuah dalam syarikat tersebut dengan alasan `tidak percaya dengan SPRM.’

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.