Beri Kenyataan Isu KSSB, TV3 Menyamar TV Selangor

SHAH ALAM 12 MEI: Ahli Parlimen Kapar, S Manivasagam kecewa kerana wartawan penyiaran TV3 tidak mematahui etika kewartawanan apabila menyamar sebagai TV Selangor semata-mata mahu memperoleh kenyataan beliau.

Beliau mulanya enggan melayani panggilan telefon daripada wartawan TV3 beberapa hari lalu kerana bimbang kenyataannya dimanupulasi untuk kepentingan tertentu, sebagaimana amalan mereka sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau kemudian menjawab panggilan telefon dan memberi kenyataannya mengenai isu Kumpulan Semesta Sdn Berhad berikutan pemanggil mengaku sebagai 'Nurul' dari TV Selangor.

Manikavasagam hanya menyedari hal itu apabila beliau menerima panggilan telefon bertalu-talu dari rakan-rakannya yang mempertikai tindakannya membuat kenyataan kepada TV3.

"Saya terus bagi kenyataan mengenai isu berkenaan kerana ingatkan panggilan itu dari TV Selangor. Saya tidak akan bagi kenyataan kepada TV3. Jangan harap," katanya kepada TV Selangor.

Bagi pihak TV Selangor, kami kesal dengan sebarang tindakan yang melanggar etika kewartawanan termasuk penyamaran sebegini dan kami ingin menegaskan tiada wartawan di web tv ini yang bernama Nurul.

-tvSelangor-

2 comments:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Apa yg dikehendaki oleh YB Parilmen Kapar ni? Nak timbulkan isu berkaitan rasuah tapi tak percayakan SPRM dan TV3 .Kalau dah lidah biawak , boleh percaya kah mangkok hanyun punya YB Parlimen Kapar ni? La ni satu Malaysia dah tahu cerita YB Parlimen Kapar yg sibuk nak war warkan cerita rasuah tapi berdolak dalik . Kalau betullah nawaitu ny baik , YB Parlimen Kapar sepatutnya berjumpa SELCAT perihal perkara ini kenapa nak jadikan sensasi dirinya.
    Orang macam ini bagi saya satu je POOOOOOOOdaaah.
    hj jamaludin

    ReplyDelete
  2. hj nie meroyan ker aper?wakakakaka..nie mesti hj bakhil nie...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.