KOTA BHARU: Dua anggota polis yang terbabit dalam insiden seorang tahanan lelaki berjaya melarikan diri di Pasir Tumboh di sini semalam telah ditahan kerja dan seorang lagi ditukarkan ke unit lain berkuatkuasa serta merta.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata mereka membabitkan dua anggota berpangkat Sarjan dan seorang lagi berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) kerana kecuaian sehingga menyebabkan tahanan itu melarikan diri.
"Dua anggota berpangkat Sarjan itu telah ditahan kerja secara serta merta pagi ini dan ditempatkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan manakala pegawai berpangkat ASP itu ditukarkan ke bilik gerakan itu juga berkuatkuasa serta merta.
"Pegawai berpangkat ASP itu akan kita rujuk kepada Ketua Polis Negara untuk diambil tindakan selanjutnya seperti perintah tahan kerja atau sebagainya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata, polis telah membuka kerta siasatan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan terhadap suspek kerana melarikan diri daripada tahanan yang sah manakala anggota polis terbabit juga disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana cuai menyebabkan suspek berjaya melarikan diri.
"Saya juga mengakui ini adalah kecuaian anggota dan pegawai saya sendiri," katanya.
Abdul Rahim percaya suspek berumur 33 tahun itu masih lagi berada di sekitar Machang iaitu tempat terakhir suspek meninggalkan kereta Proton Waja milik polis yang dilarikannya dalam kejadian 3.30 petang itu.
Beliau meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kepada polis sama ada menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPK Kelantan di talian 09-7470999 atau Rakan Cop jika mempunyai maklumat terhadap suspek berkenaan.
Polis turut mengedarkan wajah suspek yang dikenali sebagai Mohd Zaidi Majid yang beralamat di Kampung Pangkal Kalong, Kok Lanas, Kota Baharu dan Blok 1,110, Taman Makmur, Kok Lanas, Kota Bharu.
Abdul Rahim berkata, suspek berkenaan yang masih dalam tahanan reman sejak Khamis lalu itu sedang disiasat berkaitan beberapa kes kecurian motosikal dan kenderaan.
"Tempoh remannya sepatutnya tamat hari ini yang ditahan mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dengan kes kecurian kenderaan bermotor di negeri ini," katanya.
Beliau berkata, operasi memburu suspek dilakukan sejak semalam dan berharap kerjasama orang ramai untuk membantu polis.
Dalam kejadian itu, suspek yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu berjaya meloloskan diri menggunakan kereta Proton Waja milik polis ketika ditinggalkan bersendirian dalam kenderaan dengan tangan bergari di Pasir Tumboh di sini.
Suspek dibawa ke lokasi itu bagi tujuan pengecaman tempat kejadian.
Ketika itu, dua daripada anggota berkenaan pergi ke sebuah bangunan berhampiran untuk menjalankan siasatan manakala seorang lagi mengawal suspek.
Bagaimanapun, anggota yang mengawal suspek itu keluar daripada kenderaan dan ketika itulah suspek mengambil kesempatan melarikan diri dengan kereta terbabit.
Suspek kemudiannya memandu hampir 40 kilometer sehingga ke Pulai Chondong, Machang sebelum meninggalkan kenderaan di situ. - Bernama
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan1 week ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
May
(332)
-
▼
May 24
(15)
- Sekadar Ingat Mengingati: Jadikan Kita Yang Terbai...
- “Biar Tuhan mengadili Datuk Seri Samy Vellu" 2 CWC...
- Jawatankuasa Aduan SPRM selesai siasat kematian Teoh
- Jangan Lakukan Sebegini: Detik Dagu Matador Ditusu...
- Hebat - Kes Tahanan Reman Lolos Dan Larikan Kereta...
- ADUN Kerdau Stabil Tapi Tak Boleh Bercakap - Kita ...
- EXCO Melawat Mangsa Kebakaran Di Taman Wira, Mergong
- PRK Hulu Selangor: Zaid fail Petisyen Isytihar Ke...
- Umno sasar 100,000 pengundi baru tawan semula Keda...
- Pengurusan kes Karpal SAMAN Utusan RM10juta, Mahka...
- Memorandum: PAS Pohon Raja Melayu Campurtangan Dal...
- Lesen Judi: Kerajaan Perlu Beri Penjelasan Terbuka...
- Alhamdulilah Stabil: Exco Johor Jalani Pembedahan ...
- Hakim Menghadap Sultan Untuk Pengesahan Lafaz Tala...
- SPRM Ambil Dokumen Syarikat Konsesi Balak Jabatan ...
-
▼
May 24
(15)
-
▼
May
(332)
Kalau konstabel yg buat salah siap kau...caci maki dari sjn...adakah gaji sjn terlalu tinggi naik baru baru ni maka sjn jadi lalai kpd tanggungjawab..
ReplyDeleteapa nak jadi dengan polis malaysia ni......
ReplyDelete