Tengku Abdullah- Kartika mungkin diampunkan


PEKAN 3 Mac - Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang bersalah kerana meminum arak mungkin diampunkan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan bebas dari hukuman itu atau akan disebat dalam tempoh terdekat.

Menurut Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, baginda akan mempersembahkan kes Kartika Sari Dewi, 33, untuk makluman Sultan Pahang sebelum perkara itu diputuskan.

"Saya akan sembah kepada Tuanku Sultan tentang perkara ini dalam tempoh terdekat.

"Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan (Pahang) mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun dia (Kartika Sari Dewi) tidak minta diampunkan (atau membuat rayuan),” titah baginda kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Kartika Sari Dewi lebih satu jam di Kompleks Islam Sultan Ahmad Shah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP), di sini, hari ini.

Menjelaskan perjumpaan itu, baginda bertitah Kartika Sari Dewi telah menyuarakan tekanan perasaan yang dihadapinya berikutan kes berkenaan ditangguhkan. - Bernama

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.