Isu Rotan, Kalimah Allah: Duta EU diberi taklimat


Isu berhubung hukuman rotan ke atas pesalah wanita di bawah undang-undang Syariah dan kes mahkamah penggunaan kalimah Allah adalah antara isu-isu yang diperjelaskan Malaysia kepada 16 duta besar negara-negara ahli Kesatuan Eropah (EU) dalam satu pertemuan yang diadakan hari ini.

Turut disentuh pada majlis perbincangan makan tengahari yang dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ialah mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, pertemuan itu turut membincangkan Perjanjian Partnership Cooperation Agreement (PCA), Perjanjian Perdagangan Bebas-EU,ASEAN, ketakcambahan senjata nuklear, Pergerakan Negara-negara Berkecuali, G77, Asia-Europe Meeting (ASEM) serta perkembangan politik di Myanmar dan Afghanistan.

EU rakan dagang terpenting Malaysia dan keempat terbesar selepas Singapura, Amerika Syarikat, dan Jepun pada tahun 1998.

Jumlah perdagangan dua hala EU-Malaysia sebelas bulan pertama tahun lepas berjumlah RM99.82 bilion.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.