Terkini!! Tun M Dibenar Keluar Selepas Hampir 10 Hari Menerima Rawatan Di Institut Jantung Negara.. Jom Terjah!!!




Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas dimasukkan untuk rawatan pada 16 November kerana jangkitan dada.
Menurut kenyataan pejabat Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri yang memberikan tindak balas baik kepada rawatan, keluar dari Wad Am IJN pada 10.30 pagi dengan diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
"Beliau (Dr Mahathir) bagaimanapun perlu meneruskan program senaman dan fisioterapi beliau," menurut kenyataan itu.

Bongkar!!! Inilah Punca Bekas Pengerusi SPR, TS Abdul Rashid Memilih Sertai Perkasa..Jom Terjah!!!

Perjuangan Perkasa menjaga kepentingan Bumiputera khususnya orang Melayu menjadi faktor utama yang menarik penyertaan individu berpengaruh dalam masyarakat. Gambar fail.
Perjuangan Perkasa menjaga kepentingan Bumiputera khususnya orang Melayu menjadi faktor utama yang menarik penyertaan individu berpengaruh dalam masyarakat. Gambar fail.Setelah lama menyepi, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan harapan penyertaannya dapat membantu kaum majoriti itu untuk terus berkuasa.
Beliau tampil dalam Mesyuarat Agung Perkasa Wilayah Persekutuan semalam selepas menyertai pertubuhan itu enam bulan lalu.
Sebab menyertai Perkasa: Abdul Rashid mahu memperjuangkan hak orang Melayu dan memastikan ia terus relevan selepas pilihan raya umum akan datang.

Hangat!!! Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato Mahfuz Omar Dedahkan Punca Kekalahannya Dalam Pemilihan Muktamar Tahunan PAS.. Jom Terjah!!!

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menerima keputusan Naib Presiden PAS yang gagal dipertahankannya dalam sesi pemilihan kali ini. “Bertanding mesti ada kalah dan menang, tiada apa masalah samalah macam Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir) bertanding (Umno) tak menang juga.

“Jadi tiada masalah, saya masih lagi ahli parlimen kawasan Pokok Sena yang akan terus menggalas tanggungjawab untuk membawa misi parti dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Melawati di sini hari ini.

Terkini!!! Keputusan Penuh Lagi Rasmi Pemilihan Muktamar PAS Pusat Sesi 2013 - 2015.. Jom Terjah!!!




Keputusan penuh (rasmi) pemilihan PAS muktamar sessi 2013/2015

Presiden: 

TG Hj Hadi Awang 

Timbalan Presiden: 

Hj Mohamad Sabu
Naib Presiden:
Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Salahuddin Ayub
Husam Musa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.