Bongkar!!! Inilah Punca Bekas Pengerusi SPR, TS Abdul Rashid Memilih Sertai Perkasa..Jom Terjah!!!

Perjuangan Perkasa menjaga kepentingan Bumiputera khususnya orang Melayu menjadi faktor utama yang menarik penyertaan individu berpengaruh dalam masyarakat. Gambar fail.
Perjuangan Perkasa menjaga kepentingan Bumiputera khususnya orang Melayu menjadi faktor utama yang menarik penyertaan individu berpengaruh dalam masyarakat. Gambar fail.Setelah lama menyepi, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan harapan penyertaannya dapat membantu kaum majoriti itu untuk terus berkuasa.
Beliau tampil dalam Mesyuarat Agung Perkasa Wilayah Persekutuan semalam selepas menyertai pertubuhan itu enam bulan lalu.
Sebab menyertai Perkasa: Abdul Rashid mahu memperjuangkan hak orang Melayu dan memastikan ia terus relevan selepas pilihan raya umum akan datang.

Walaupun Perkasa dilihat berpihak kepada Umno, namun nama parti itu tidak pernah disebutkan dalam ucapan mahu pun sidang media.
“Dengan pengalaman dan pengetahuan saya bersama SPR, saya akan membantu Perkasa mencapai matlamat tersebut,” katanya yang ditemui semasa mesyuarat di Kuala Lumpur semalam.
Abdul Rashid, 69, berkata beliau telah berulang kali dijemput menyertai pertubuhan itu oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali.
“Ketika saya memutuskan untuk turut serta, saya memberitahu Ibrahim tidak mengapa sekiranya saya menjadi ahli biasa namun beliau meminta saya untuk menjadi ahli majlis kerana menurutnya lebih mudah bagi saya melontarkan pandangan bagi menambah baik organisasi,” kata Abdul Rashid.
Pastikan Melayu kekal berkuasa
Semalam, Abdul Rashid dalam ucapannya mencadangkan sepintas lalu beberapa perkara yang harus dilakukan pertubuhan Bumiputera itu.
“Banyak perkara yang harus kita lakukan. Bukan sekadar bercakap tetapi harus bertindak. Pertama sekali kita harus hormat pemimpin kita (Ibrahim Ali),” katanya berucap di hadapan 300 ahli Perkasa.
Beliau turut mengingatkan bahawa Perkasa perlu lebih fokus.
Abdul Rashid berkata Perkasa kini bertindak seperti anggota bomba yang bergegas memadamkan kebakaran, Perkasa hanya bercakap dan bertindak jika terdapat isu berkait dengan hak orang Melayu.
“Kita tidak boleh berkejar ke sana sini. Kita perlu fokus dan terus berjuang sehingga sesuatu yang dikerjakan berhasil,” katanya.
Beliau berkata Perkasa bukanlah tempat mendapatkan wang atau pun kuasa dan ahlinya tidak perlu mempersoalkan hal itu.
“Saya tidak ke sini mencari kuasa dan wang. Menyertai Perkasa bermakna saya perlu sedia berjuang,” katanya.
Bekas pengerusi SPR itu berkata, orang Melayu perlu kekal mendapat kuasa politik kerana negara ini kepunyaan mereka.
“Tanah ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu. Semasa mendapatkan kemerdekaan ia telah ditukar kepada Malaya dan selepas beberapa negeri menyertainya, ia ditukar kepada Malaysia Barat.
Beliau berkata selaku bekas pengerusi SPR, beliau tahu cara mengekalkan kuasa orang Melayu.
Katanya, tiga proses persempadanan semula yang berlaku semasa beliau berada dalam SPR telah mengekalkan kuasa orang Melayu.
“Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?” tanya Abdul Rashid.
Melayu tidak mengenang budi
Beliau berkata terdapat orang Melayu sekarang yang mengkritik bangsanya sendiri kerana melindungi kepentingan orang Melayu.
“Ini yang kita panggil Melayu haprak. Mereka bukan Melayu sebenar tidak seperti (ahli Perkasa). Kita bukan jenis yang menghina kaum sendiri,” katanya.
Abdul Rashid berkata 55% daripada 28 juta populasi rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas.
Namun, hanya 6.3 juta orang Melayu berdaftar sebagai pengundi dan jumlah sebenarnya harus mencecah 15.3 juta.
Beliau menjelaskan, pengundi Bumiputera seharusnya sekitar 19% namun hanya 10% yang didaftarkan.
“Angka ini diperoleh daripada kajian saya dan sumber yang sah.
Katanya, dengan kombinasi undi Melayu dan Bumiputera, orang Melayu dengan mudah mendapat kuasa politik.
“Sasaran kita adalah memastikan semua orang Melayu yang telah cukup umur mendaftar dan mengundi. Jumlah kita besar. Saya bukan sahaja mahu Melayu berkuasa tetapi perlu lebih kuat,” katanya.
“Lebih ramai yang membenci, kita jadi lebih kuat. Perkasa akan terus maju ke hadapan,” katanya.
Perkasa, organisasi yang tepat
Abdul Rashid berkata beliau telah bersedia berdepan kritik atas tindakannya menyertai Perkasa.
“Saya mencari organisasi yang betul kerana saya banyak melakukan kerja kebajikan dan Perkasa merupakan organisasi banyak terlibat dengan kebajikan yang fokusnya kepada orang Melayu dan agama. Inilah platform terbaik buat saya kerana saya orang Melayu dan beragama Islam.
“Sesetengah pihak tidak suka kepada saya sejak saya menjadi pengerusi SPR lagi namun masih ada yang sayangkan saya. Begitulah juga penyertaan saya ke dalam Perkasa. Malah lebih banyak yang suka daripada membenci,” katanya sambil tersenyum.
-TMI

1 comments:

  1. Sudahlah, takyah la ngko nak kencing melayu. Ngko join Perkasam tu, ibarat anjing kalau tak hidu taik nak hidu apa lagi? Takkan nak hidu gam atau rasuah kot!....kalau dah spesis ampu,bodek dan auta...tak kemana. Balik balik masuk lubang taik jugak! Tahniah!!!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.