Gambar2 : Mengapa Anak Tun M - Marina Mahathir Sokong BERSIH 2.0, Kesal Dengan Tindakan Polis Tangkapan Beramai2...




Kehadiran anak Dr Mahathir,Marina dalam sidang media Bersih pagi tadi.Marina dilihat memakai lilitan kuning di lengan,warna yang sinonim dengan Bersih 2.0

Apa kata Mahathir.Bagaimana reaksi Berahim Ali yang begitu lantang mengutuk pemimpin Bersih sebelum ini.Apa ulasan pemimpin2 Umno dan media pengampu mereka.Tunggu dan lihat.

Yalah anak bekas pemimpin agung mereka pun bersama Bersih,tak malu ke kih..kih..kih.Patutlah dalam isu Bersih ni Mahathir kurang berkokok,malu kot maklumlah Marina kan ke anak kesayangan beliau.Nak kutuk lebih2 nanti terkena batang hidung sendiri muahahaha...

Guru Utama Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia, Cikgu Majid Mat Isa Tidak Sependapat Presiden Pesaka

KUALA LUMPUR: Guru Utama Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia, Cikgu Majid Mat Isa hari ini menyeru pertubuhan silat tidak mencampuri urusan politik demi menjaga nama baik persilatan.

Seruan itu dibuat Cikgu Majid respon kenyataan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Ali Rustam yang mengancam melakukan kekacauan seperti ’13 Mei 1969′, jika himpunan Bersih 9 Julai ini diteruskan.

Ali Rustam dipetik membuat kenyataan itu bersama pengasas Silat Lincah, Datuk Omardin Mauju pada satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 2 Julai lalu.

Omardin sebelum ini turut mengancam akan mengerah pesilat dari perguruannya untuk ‘bertempur’ dengan peserta himpunan aman Bersih jika ia diteruskan.



Menurut Cikgu Majid, beliau sendiri mengambil pendirian yang berbeza sama sekali dengan Ali Rustam dan Omardin.

“(Ali Rustam) dia memang tahu dia ahli politik. Kalau boleh dia mahu orang silat semua sokong dia. Kita orang silat terdiri daripada pahlawan-pahlawan Melayu bukan orang politik.

“Silat dahulu dimulakan oleh Hang Tuah lima bersaudara dan kemudian diteruskan oleh pendekar seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, dan Tok Gajah untuk membela tanah air daripada musuh luar.

“Tetapi hari ini, jangan campur politik dan persilatan,” katanya.

Malah, tambah Cikgu Majid lagi, beliau sendiri mahu pun mana-mana wakil Silat Gayung Pusaka tidak pernah menerima sebarang notis tentang mesyuarat Sabtu lalu.

Sewaktu ditanya samada pendirian Omardin yang memberi amaran kepada Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga mewakili pendirian kesemua pendekar Melayu, Cikgu Majid menegaskan Omardin bercakap mewakili dirinya semata-mata.

“Masalahnya, dia ikut pendapat dia seorang sahaja. Malam kelmarin saya dah sebutkan dalam blog yang kita persatuan silat jangan campur.

“Kita bukan nak bergaduh dengan Cina, Melayu, atau India. Kita tak hormat orang yang mahu berbangga-bangga dengan ilmu silatnya,” kata Cikgu Majid.

Beliau juga berpendapat bahawa Omardin dan Ali Rustam sebenarnya tidak perlu berbuat demikian.

“Pihak kerajaan kan ada, bolehlah dibawa berunding.

“Kita tak boleh tunjuk kekerasan kita. Semuanya boleh dibawa berbincang. Itu semangat pendekar Melayu yang sebenar,” kata Cikgu Majid.

Ketua Pemuda PAS Melaka Termasuk 16 Yang Lain Ditahan Polis Dan Direman 3 Hari



Tujuh belas ahli dan pemimpin PAS Melaka ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana memiliki baju-T BERSIH

Mereka yang ditahan kira-kira jam 2.15 petang semalam, termasuk ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah; ketua penerangan PAS Jasin, Fauzi Maelah dan 15 ahli parti itu.

Balu Allahyarham Ahmad Sarbaini Dedahkan Suaminya Ditahan SPRM Kerana Dianiya...


KUALA LUMPUR — Balu Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed mendedahkan bahawa suaminya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal April lalu kerana telah dianiayai oleh ejen berhubung baucer bernilai RM100.

Bercakap pada inkues yang bermula hari ini, Maziah Manap, 50, menceritakan peristiwa yang berlaku antara 1 dan 6 April lalu.

Dia menceritakan peristiwa itu apabila disoal Abazafree Abas yang bertindak sebagai pegawai pengendali inkues.

“Pada 1 April (sebelah pagi) saya mendapat panggilan daripada anak mengatakan abah nak cakap kerana kawan abah ada tapi saya tak sempat cakap, panggilan terputus.

“Ketika saya pulang ke rumah pada pukul 9 malam anak beritahu saya abah tidur di SPRM, saya cuba hubungi dia tapi tak dapat,” kata Maziah.

Kata Maziah, pada keesokan hari dia cuba untuk menghubungi suaminya pada sebelah pagi namun gagal.

Sebaliknya, Maziah berkata dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya yang berbunyi “kalau kita di pihak benar Allah akan bantu, kalau boleh baliklah sebab esok kita ada kursus haji.”

“Kemudian pada pukul 11 pagi suami hubungi minta ambil dia di pejabat SPRM, suruh datang naik teksi sahaja.

“Ketika tiba di sana, saya disoal oleh seorang pegawai SPRM yang bernama Ghani berkenaan harta saya dan saya ceritakan semua sekali tapi saya dipersoalkan berkenaan dengan wang KWSP.

“Pegawai itu tanya dari mana datang duit dan saya beritahu ia adalah duit KWSP dan saya keluarkan sebahagian sebab dah berumur 50 tahun.

“Tapi saya terus dipersoalkan oleh pegawai itu dan saya minta senaraikan dokumen yang diperlukan agar saya boleh sediakan,” katanya.

Kemudian kata Maziah, dia akhirnya dibenarkan untuk menemui suamninya di tingkat atas pejabat SPRM.

Dia bertanya kepada suaminya mengenai tindakan SPRM itu.

“Dia kata ejen aniaya dia, saya tanya macam mana dan dia kata pasal baucer berharga RM100.

“Ejen sudah mengaku RM70 ejen ambil dan RM30 suami saya... suami kata dia tak ambil dan tidak terima baucer itu,” katanya.

Pada 4 April, Maziah berkata suaminya memberitahunya akan ke pejabat SPRM kerana mahu menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Pada sebelah malam suami bercakap kepada ‘apalah orang SPRM ini, saya ada tiga kereta tapi suruh kata empat kereta’.

“Saya tanya mana datang lagi sebuah, suami kata masuk kereta yang sudah dijual,” katanya.

MENYUSUL LAGI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.