Gambar2 Majlis Perkahwinan Pelawak Yassin Senario - Inilah Gambar Wajah Isterinya - Selamat Pengantin Baru....

yassin senario dah kahwin

Bertuahnya Yassin kerana menjadi suami kepada Farrah ( nama isteri Yassin ) menurut kawan kita di Facebook yang berkongsi dengan teman-temannya.

Semoga perkahwinan yang dibina ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Di bawah ialah gambar wanita yang dikatakan isteri Yassin, Farrah.

yassin senario dah kahwin

Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat untuk pasangan pengantin ini.

“Saya Nasihatkan Supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan Bersabar, Kezaliman Akan Kalah Jua Akhirnya,” : TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.

“Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun,” tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.


DS Anwar Diperintah Bela Diri - Keterangan Mohd Saiful boleh dipercayai dan diterima sebagai Kebenaran Kerana Beliau Seorang Yang "Berwibawa": Hakim


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.

Dalam penghakiman lebih dua jam itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan Mohd Saiful boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana beliau seorang yang "berwibawa".

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar.

Langsung Dari Mahkamah Tinggi : Kes DS Anwar - Gambar2 : Ramai Pimpinan Yang Hadir Memberi Sokongan


Ramai yang berpendapat hari ini 16 Mei, Anwar akan dipanggil untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi berhubung kes tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya.

Ada juga yang berkata mana mungkin Hakim menghadapi kemungkinan akan dibuang kerja jika beliau membuat keputusan untuk membuang kes tersebut..Lagipun.. bukankah tarikh 16hb itu merupakan satu sindiran buat Anwar?


Liwat II: Hari penentuan untuk Anwar

Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Lelaki Y" - yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan (bawah).

Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud prima facie terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.

Hakim yang akan mengumumkan keputusannya hari ini, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

Kedua, Anwar (kiri) menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanada, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.