Langsung Dari Mahkamah Tinggi : Kes DS Anwar - Gambar2 : Ramai Pimpinan Yang Hadir Memberi Sokongan


Ramai yang berpendapat hari ini 16 Mei, Anwar akan dipanggil untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi berhubung kes tuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya.

Ada juga yang berkata mana mungkin Hakim menghadapi kemungkinan akan dibuang kerja jika beliau membuat keputusan untuk membuang kes tersebut..Lagipun.. bukankah tarikh 16hb itu merupakan satu sindiran buat Anwar?


Liwat II: Hari penentuan untuk Anwar

Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan oleh polis, pihak pendakwa telah menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "Lelaki Y" - yang didakwa bertanggungjawab meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan (bawah).

Apakah pihak pendakwa dapat meyakinkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bahawa wujud prima facie terhadap Anwar dan akan dipanggil untuk membela diri.

Hakim yang akan mengumumkan keputusannya hari ini, juga mempunyai pilihan membebaskan ahli parlimen Permatang Pauh yang merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS.

Sekiranya dipanggil membela diri, Anwar mempunyai tiga pilihan.

Pertama, beliau bersumpah dari kandang saksi dan menjawab tuduhan terhadapnya.

Kedua, Anwar (kiri) menjawab dari kandang dituduh. Jika ini berlaku, maka testimoni Anwar tidak boleh disoal balas.

Akhirnya, pilihan ketiga ialah untuk beliau berdiam diri.

Semua mata sudah tentu akan tertumpu kepada keputusan Hakim Zabidin terhadap tuduhan tersebut - yang kedua dihadapi Anwar dalam satu jangka waktu kurang daripada 15 tahun.

Pemerhati asing dari Amerika Syarikat, Australia, Britain, Kanada, Jerman, Finland dan Sepanyol sentiasa hadir di mahkamah mengikuti perbicaraan Anwar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.