JAKIM hantar 'hadhari' ke negeri-negeri

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menempatkan pegawai perhubungan atau "hadhari" di seluruh negara bagi menyelaraskan urusan pentadbiran berkaitan agama Islam antara kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata ketika ini pegawai berkenaan hanya ditempatkan di beberapa negeri dan Kelantan adalah antara negeri terawal menerima penempatan itu.

Menurutnya, pegawai berkenaan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) di negeri masing-masing bertujuan menyelaraskan tugas-tugas berkaitan dengan agama Islam antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Antara negeri yang sudah mempunyai pegawai terbabit selain Kelantan ialah Terengganu, Perlis dan Melaka.

"Kita bercadang untuk mewujudkan pegawai terbabit di semua negeri di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dan makan malam sempena Persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia ke-83, di Kota Bharu, malam tadi.

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Wan Mohamad, status penempatan Pegawai Hadhari di Pejabat SUK di semua negeri itu turut dibincangkan dalam kertas kerja berkaitan penyelarasan antara negeri sempena mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-51 pada 25 Mei lepas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat itu juga membentangkan kertas kerja mengenai beberapa isu berkaitan agama, termasuk memperkasa program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), pelaksanaan mekanisme penyeragaman pensijilan Halal antara JAKIM dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

"Ia juga merangka rancangan Lima Tahun Menangani Ajaran Sesat Keempat (2010-2014) dan laporan Keberkesanan Pelaksanaan bagi tahun 2008," katanya.

Katanya, semua isu-isu ini amat memerlukan penelitian dan pandangan negeri-negeri dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia agar ia seragam dan tidak mengelirukan rakyat.

Wan Mohamad berkata, persidangan Ketua-ketua Jabatan/Majlis Agama Islam ini dianjurkan jabatannya sejak 1975 membabitkan pembentangan 560 kertas kerja.

"Kali ini Kelantan menjadi tuan rumah bagi kali kelima selepas 1979, 1985, 2002 dan 2006," katanya.

Menurutnya, antara isu-isu penting yang disepakati dan diguna pakai oleh negeri-negeri hasil persidangan itu ialah penyelarasan isu halal, penyelarasan isu pendidikan Islam iaitu Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) dan penyelarasan isu ajaran sesat.

--Bernama

Menangisi Kenaikan Harga Barang

..Menangisi kedukaan rakyat atas kenaikan 5 harga barang yang terbaru, maka di sini dibawa semula artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di zaman Pak Lah..

Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas..

Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..

Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..


* Dr. Mohd Asri Zainul Abidin *

Kematian Teoh Beng Hock dianggap "perkara terburuk pernah berlaku kepada DAP. - Himpunan Ulangtahun Kematian Teoh


Kematian Teoh Beng Hock dianggap "perkara terburuk pernah berlaku kepada DAP."

"Sebelum ini, yang terburuk dikenakapan pada kita ialah ISA, atau ditahan di pusat tahanan Kamunting atau Kajang," kata ADUN DAP daripada Ayer Hitam Wong Hon Wai dalam sambutan ulang tahun pertama kematian Teog di Speakers Square Pulau Pinang malam tadi.

"Tetapi kematian, seperti apa yang berlaku pada Teoh Beng Hock, anggota DAP dan kawan yang baik, tidak dapat dibayangkan, ia melampau dan sesuatu yang tidak boleh kita terima," kata pengarah pendidikan politik DAP itu.

"Masih belum ada keadilan untuk Teoh. Masih banyak double standard (pilih bulu) diamalkan oleh pemimpin dan institusi," tambah Wong yang juga exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap perancangan bandar dan negeri.

"Jadi marilah kita berikrar. Kita mahu lihat pihak yang bersalah dihukum."

Selepas berucap, Wong meminta orang ramai mengangkat lilin dan menangisi supaya keadilan diberikan kepada Teoh, seorang pembantu politik semasa hayatnya.

Kata-kata itu menyentuh perasaan kira-kira 100 orang yang hadir di majlis yang berlangsung tenang kira-kira sejam.

Suasana diselebungi cahaya lilin dan semangat persaudaraan orang ramai untuk Teoh dan keluarganya.'

Mereka melaungkan slogan seperti "keadilan untuk Teoh Beng Hock", "hentikan kekejaman" dan "reformasi"

Media Kerajaan Diingatkan Berkali2 JANGAN guna perkatan 'barang naik' dalam Laporan

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakalaUtusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.