Saman Ekor Bukan Menyusahkan Tetapi Menganiayakan


SEMUA rakyat yang sayangkan negara mengalu-alukan langkah kerajaan berusaha untuk menambahkan pendapatan negara. Dalam keadaan ekonomi meleset manakala pemimpin pula terkial-kial mencari idea macam mana untuk menambah pendapatan, apa juga ikhtiar oleh kerajaan perlu disokong oleh rakyat. Kerjasama dan sokongan rakyat sangat penting. Kalau tanpa sokongan rakyat usaha yang baik kerajaan tidak akan berhasil dan tanpa sokongan rakyat ia tidak membawa berkat.

Bagaimana pun dalam hal ini kerajaan hendaklah memahami masalah rakyat. Janganlah semata-mata kerana kerana hendak tambah wang perbendaharaan negara maka rakyat jadi mangsa. Dikikis wang dari saku rakyat. Memang pun rakyat perlu dimangsakan, tetapi jangan melampau sehingga menyusahkan.

Ada beberapa tindakan kerajaan menunjukkan kerajaan begitu terdesak kerana ketiadaan wang dan rakyat dimangsakan sesuka hatinya.

Salah satu ialah mengenai tindakan pihak polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) yang tiba-tiba jadi iseng menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman sehinggakan sukar untuk empunya memperbaharui cukai jalan adalah satu tindakan menganiayakan rakyat.

Pelik, sebelum ini kenderaan yang disaman ekor tidak disenaraihitamkan. Tetapi mulai April lalu ianya telah disenarai hitamkan. Saman yang tertunggal beberapa tahun sebelum yang diberikan pengecualian tiba-tiba dikenakan tindakan tegas. Sikap tiba-tiba menjadi iseng oleh JPJ dan polis ini menunjukkan keterdesakan kerajaan dalam mencari wang!

Tindakan itu bertentangan dengan slogan Najib Razak Rakyat Didahlukan Pencapaian Diutamakan. Memahami dari seruan Najib itu, PM itu mahu memberikan kesenangan dan keselesaan kepada rakyat disamping para pegawai kerajaan dan agensinya pula berusaha sebaik mungkin mempertingkatkan mutu kerja. Apakah bagi polis dengan menguatkuasakan tindakan itu sebahagian kerja baik mereka?

Kalau polis atau JPJ menyahut seruan Najib ini sudah pasti tindakan menguatkuasakan tindakan menyenarai hitam kenderaan ini tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Ataupun kalau hendak dikuatkuasakan haruslah dinotiskan dulu dan tidak melaksanakan undang-undang ikut suka hati dan nafsu saja.

Mungkin kalangan rakyat yang terlibat dengan masalah ini dapat merasakan bagaimana kerajaan khasnya pihak polis dan JPJ menganiaya mereka. Bayangkan berapa seseorang kena bayar kalau mereka ada dua atau tiga saman? Bukankah separuh gaji mereka harus diberikan kepada Polis hanya untuk mendapat cukai jalan baru. Ini tidak adil kerana kesalahan yang ditunding kepada mereka belum pasti lagi betul atau tidak.

Saya baru mendapat tahu hal ini dari beberapa orang rakan yang menghadapi kesulitan untuk memperbaharui cukai jalan masing-masing. Rata-rata mereka mengeluh dan menyatakan kerajaan tidak adil, menyusahkan dan menganiayakan.

Sebelum ini kenderaan yang disaman ekor (saman poerangkap laju) tidak dikenakan tindakan kenderaan disenarai hitamkan. Tuan punya masih boleh memperbaharui kenderaan masing-masing. Hanya saman di sekatan jalan yang ditanda tangani langsung oleh pemandu saja yang dikuatkuasakan. Mana-mana saman demikian kalau tidak dilunasi pihak JPJ tidak akan memperaharui cukai jalan melainkan selepas menjelaskan kepada pihak polis.

Rasanya kelonggaran ini ada baiknya dan masih dirasakan tidak begitu menganiayakan rakyat. Manakala saman yang ditandan tangani patutlah kuatkuasakan. Ada alasannya kerana saman yang ditanda tangani itu jelas kenderaan itu melakukan kesalahan. Polis dan pemandu kenderaan itu sendiri dapat mengetahui akan kesalahan mereka.

Berlainan dengan saman ekor, (perangkap laju) di mana polis bersembunyi di dalam semak atau di balik tembok. Di mana tuan punya kenderaan tidak mengetahui apakah dan dimana kesalahan mereka. Selalu terjadi bila mana kenderaan mereka dibawa oleh orang lain. Walaupun pihak polis ada mengeluarkan surat minta penjelasan siapa yang memandu kenderaan tempoh hari, tetapi surat penjelasan itu tidak pratikal.

Adakalanya surat tidak sampai kerana pertukaran alamat. Kalau mengikut prosuder biasa mana-mana saman yang tidak diserahkan sendiri kepada si pesalah ianya tidak boleh dibawa ke mahkamah?

Peraturan atau sistem saman sebegini tidak praktikal sebenarnya. Ia juga lebih kepada menganiaya rakyat. Rata-rata kalau saman ekor ini di bawa ke mahkamah saya rasa mahkamah akan menolaknya. Ada pendapat mengatakan saman ekor ini tidak valid untuk dibicarakan kerana ia tidak menurut peraturan-peratusan mengenai perundangan. Tetapi kerana sikap rakyat kita malas berurusan dengan mahkamah dan ingin mengelekkan berlaku 'kelecean' ke mahkamah menyebabkan mereka terus sahaja membayarnya.

Mungkin baik juga kalau ada sesiapa yang menghadapi kenderaan mereka disenaraihitamkan ekoran tidak melunas saman ini membawanya ke mahkamah. Biar ianya menjadi precedent apakah saman itu valid atau sebaliknya. Persatuan-persatuan penggunan mungkin boleh menguruskan hal ini. Banyak perkara yang berlaku dalam negara ini di mana rakyat diminta bayaran sedangkan ianya tidak sepatutnya.

Berbalik kepada tindakan iseng Polis menyenaraihitamkan kenderaan yang disaman ekor kerana tidak melunasi kompoun itu perlulah dikaji balik. Musim ini musim 'kaat' - musim rakyat sesak janganlah menyusahkan lagi rakyat dengan kesusahan-kesusahan baru. Harapnya Perdana Menteri peka dan prihatin mengenai hal ini ada kemungkinan juga tindakan iseng Polis ini sebahagian dari ciri-ciri mensebotajkan dan menterbalikan seruan Najib itu, rakyat hendaklah disusahkan!

[wm.kl. 9:30 am 20/06/10] - MSO

"Kita sepatutnya bertelagah dengan pembangkang" PM ajak Berkelahi Ke???

Najib mahu komponen BN henti bertelagah, bersatu hadapi lawan

 NAJIB  ketika  berucap pada Perhimpunan Agung PPP Ke-57 di PWTC, semalam.
NAJIB ketika berucap pada Perhimpunan Agung PPP Ke-57 di PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentingnya pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bersatu bagi menghadapi pembangkang dan memastikan BN terus kekal berkuasa.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, mereka seharusnya berhenti bertelagah sesama sendiri secara terbuka selain berusaha mendapatkan semula keyakinan rakyat.

"Kita perlu bersatu dalam BN. Saya bekerja keras siang dan malam untuk memastikan BN menjadi parti yang kukuh, maka kita perlu fokus menentang pembangkang. Jika ada masalah kita selesaikan secara dalaman. Inilah kejayaan yang perlu kita capai.

"Semua pemimpin parti komponen BN perlu fokus jika hendak mengukuhkan kedudukan BN iaitu tidak bertelagah antara satu sama lain sama ada secara terbuka, khalayak atau di dalam media.

"Kita sepatutnya bertelagah dengan pembangkang. Mengapa bertelagah sesama pemimpin BN? Beritahu saya mengapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?

“Musuh kita di luar sana... musuh kita mahu kerusi kita dalam kerajaan... mereka mahu ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN terus kekal berkuasa. Mengapa kita perlu dedahkan masalah kita sendiri? Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah,” katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-57 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Hadir sama, Presiden PPP, Datuk M Kayveas dan Naib Presiden Kanan PPP, Datuk Maglin D’Cruz yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Najib berkata, parti komponen perlu mengukuhkan kedudukan BN dan memastikan terus relevan kepada rakyat dengan cara meningkatkan sumbangan serta peranan mereka bagi menjayakan pelbagai agenda dirancang untuk memakmurkan negara.

“Saya percaya jika kita melakukan proses ini, setiap daripada kita sama ada individu mahupun atas nama kolektif sebagai parti politik, boleh meningkatkan lagi sumbangan dan peranan kita agar kekuatan politik BN akan terus bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Najib berkata, pemimpin komponen BN perlu sedar bahawa masalah dalam BN tidak sehebat masalah yang melanda pakatan pembangkang.

“Di pihak sana (pembangkang) lagi banyak masalah tetapi mereka bijak menutupnya. Oleh itu jangan dedahkan masalah kita kepada umum,” katanya.

Najib turut menasihatkan kepemimpinan PPP menangani masalah dalaman parti sambil menegaskan beliau sedia membantu mencari menyelesaikan permasalahan parti itu.

“Bagaimana saya dapat membantu PPP kalau anda tidak berkuasa, tetapi PPP mesti tolong saya dengan cara menumpukan kekuatan untuk BN, bukan di luar BN.

“Jika anda mempunyai masalah, beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka orang tertentu, bisik kepada saya, tetapi secara terbuka anda lawan pembangkang... PKR, DAP dan PAS tetapi jangan bertelagah antara kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib gembira apabila gagasan 1Malaysia yang beliau wujudkan selepas mengambil alih tampuk pemerintahan dalam tempoh 14 bulan lalu berjaya menjadi jenama yang amat popular.

Perdana Menteri berkata, beliau sangat komited dan mahu memastikan semua rakyat mendapat faedah menerusi agenda pembangunan yang beliau rancang termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang beliau umumkan baru-baru ini.

Makan Malam Dana Pembangunan Kompleks Pendidikan Islam Sarawak bersama Naib Presdien PAS

Adik PM Dedah Kegagalan DEB - Mahukan Kajian Semula



KUALA LUMPUR, 20 Jun — Datuk Seri Nazir Razak, anak perdana menteri kedua berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana hilang tujuan untuk mencapai matlamat asal dan disalah guna oleh pihak tertentu.

Adik kepada perdana menteri semasa itu berkata, kajian itu memandangkan dasar tersebut gagal mencapai matlamat asal untuk mencapai perpaduan.

“Saya bukan pengkritik DEB kerana saya setuju bahawa dasar berkenaan telah membantu Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh, selain kestabilan politik.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

“Apa yang saya tegaskan adalah keperluan kepada kajian menyeluruh terutamanya daripada aspek pelaksanaan. DEB diwujudkan pada 1971 dan untuk tempoh pelaksanaan 20 tahun. Kita sudah mencapai 40 tahun sejak ia dilaksanakan.

“Jadi, kita perlu menilai DEB dalam konteks dan keperluan semasa, keadaan ekonomi terbuka yang dipraktikkan di Malaysia serta mengambil kira persaingan sengit untuk meraih pelaburan di antara negara,” kata beliau dalam temu bual dengan Mingguan Malaysian disiarkan hari ini.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB ini menambah, ketika DEB dilancarkan empat dekad lalu, Allahyarham Tun Razak menekankan bahawa dasar itu bukan bertujuan untuk mempromosikan kepentingan kaum tertentu tetapi ia adalah rangka untuk kemajuan dan perpaduan negara.

“Pada jangka panjang DEB adalah mengenai perpaduan. Tetapi sekarang kita sudah hilang tumpuan mengenai matlamat asal untuk mencapai perpaduan yang dinyatakan dalam DEB.

“Bagi pihak tertentu, DEB menjadi punca perpecahan kerana dasar ini disalah guna oleh pihak tertentu untuk meraih keuntungan,” katanya.

Berhubung soalan sama ada matlamat DEB masih relevan, Nazir memberitahu, bagi beliau matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan tetapi pada masa sama kita perlu menambah satu lagi matlamat membina dan mewujudkan masyarakat bumiputera yang lebih kompetitif.

Katanya ia sangat penting untuk memastikan kelangsungan orang Melayu.

Bagaimanapun kata beliau, untuk mewujudkan orang Melayu kompetitif “kita tidak dapat lari daripada mengkaji semula cara DEB dilaksanakan.”

“Kita tahu atas nama DEB, saham syarikat yang disenaraikan diagihkan kepada bumiputera tetapi persoalannya siapa yang layak dan siapa yang meraih keuntungan?

“Anda lihat pemberian AP, apa asas pemberian AP, siapa yang dapat, bagi saham, siapa yang dapat?

“Saya lihat orang yang senang dapat, senang juga menjualkannya,” kata Nazir.

Jelas Nazir, semasa beliau menguruskan penyenaraian pada 1990-an, ada seorang usahawan yang digelar sebagai ‘Lord of The Second Board’.

“Tetapi kemahirannya ialah mendapat peruntukan daripada MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

“Sejauh mana ia membantu bumiputera dalam jangka panjang?” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu menentukan dengan jelas masa yang diberikan untuk perlindungan kepada Bumiputera.

“Bumiputera boleh bersaing dalam peruntukan 30 peratus di kalangan bumiputera dan pada masa sama bersaing dalam 70 peratus yang disaingi oleh semua pihak.

“DEB perlu adil dan untuk Melayu berjaya, Malaysia perlu berjaya sepenuhnya,” kata beliau.

Malah tegas beliau, semua kaum perlu menyumbang bagi kejayaan tersebut.

“Malaysia tidak mampu menjadi sebuah negara perpaduan sekiranya terdapat perbezaan polisi selama-lamanya.

“Itu pandangan saya. Sebab itu, perlu mewujudkan tempoh masa untuk melaksanakannya kerana sasaran kita mestilah satu bangsa Malaysia,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.