"Kita sepatutnya bertelagah dengan pembangkang" PM ajak Berkelahi Ke???

Najib mahu komponen BN henti bertelagah, bersatu hadapi lawan

 NAJIB  ketika  berucap pada Perhimpunan Agung PPP Ke-57 di PWTC, semalam.
NAJIB ketika berucap pada Perhimpunan Agung PPP Ke-57 di PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentingnya pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bersatu bagi menghadapi pembangkang dan memastikan BN terus kekal berkuasa.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, mereka seharusnya berhenti bertelagah sesama sendiri secara terbuka selain berusaha mendapatkan semula keyakinan rakyat.

"Kita perlu bersatu dalam BN. Saya bekerja keras siang dan malam untuk memastikan BN menjadi parti yang kukuh, maka kita perlu fokus menentang pembangkang. Jika ada masalah kita selesaikan secara dalaman. Inilah kejayaan yang perlu kita capai.

"Semua pemimpin parti komponen BN perlu fokus jika hendak mengukuhkan kedudukan BN iaitu tidak bertelagah antara satu sama lain sama ada secara terbuka, khalayak atau di dalam media.

"Kita sepatutnya bertelagah dengan pembangkang. Mengapa bertelagah sesama pemimpin BN? Beritahu saya mengapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?

“Musuh kita di luar sana... musuh kita mahu kerusi kita dalam kerajaan... mereka mahu ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN terus kekal berkuasa. Mengapa kita perlu dedahkan masalah kita sendiri? Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah,” katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-57 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Hadir sama, Presiden PPP, Datuk M Kayveas dan Naib Presiden Kanan PPP, Datuk Maglin D’Cruz yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Najib berkata, parti komponen perlu mengukuhkan kedudukan BN dan memastikan terus relevan kepada rakyat dengan cara meningkatkan sumbangan serta peranan mereka bagi menjayakan pelbagai agenda dirancang untuk memakmurkan negara.

“Saya percaya jika kita melakukan proses ini, setiap daripada kita sama ada individu mahupun atas nama kolektif sebagai parti politik, boleh meningkatkan lagi sumbangan dan peranan kita agar kekuatan politik BN akan terus bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Najib berkata, pemimpin komponen BN perlu sedar bahawa masalah dalam BN tidak sehebat masalah yang melanda pakatan pembangkang.

“Di pihak sana (pembangkang) lagi banyak masalah tetapi mereka bijak menutupnya. Oleh itu jangan dedahkan masalah kita kepada umum,” katanya.

Najib turut menasihatkan kepemimpinan PPP menangani masalah dalaman parti sambil menegaskan beliau sedia membantu mencari menyelesaikan permasalahan parti itu.

“Bagaimana saya dapat membantu PPP kalau anda tidak berkuasa, tetapi PPP mesti tolong saya dengan cara menumpukan kekuatan untuk BN, bukan di luar BN.

“Jika anda mempunyai masalah, beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka orang tertentu, bisik kepada saya, tetapi secara terbuka anda lawan pembangkang... PKR, DAP dan PAS tetapi jangan bertelagah antara kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib gembira apabila gagasan 1Malaysia yang beliau wujudkan selepas mengambil alih tampuk pemerintahan dalam tempoh 14 bulan lalu berjaya menjadi jenama yang amat popular.

Perdana Menteri berkata, beliau sangat komited dan mahu memastikan semua rakyat mendapat faedah menerusi agenda pembangunan yang beliau rancang termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang beliau umumkan baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.