KDN Akan Tubuhkan Panel Khas Siasatan Insiden Remaja Ditembak Mati Polis


KAJANG 27 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis, awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel khas itu akan diketuai Timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.

"Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan menentukan siapa yang bersalah dalam insiden.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam. – Bernama

Kes Teoh: Peguam Negara Tak Perlu Campur Tangan - Karpal

kapalsingaOleh Qayum Rahman

SHAH ALAM: Karpal Singh, peguam mendiang Teoh Beng Hock mempertikaikan campur tangan pejabat Peguam Negara mengenai perbuatan menghina mahkamah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohammad Nazri Abdul Aziz dalam inkues hari ini.



Pejabat Peguam Negara diwakili oleh Amerjeet Singh berhubung permohonan yang dibuat oleh keluarga Teoh mendakwa Nazri menghina mahkamah kerana berkata, pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand telah berbohong.



Karpal berkata, "Peguam Negara tidak perlu campur tangan secara tiba-tiba dalam perkara ini kerana Nazri menyatakan beliau tidak takut menghadapi sebarang kemungkinan berhubung kenyataannya itu."



"Tindakan tegas harus diambil kerana Nazri menghina mahkamah hingga menyebabkan kes ini tergendala," kata beliau kepada para pemberita di luar mahkamah.



"Saya menentang campur tangan peguam negara dan meminta agar Koroner membatalkan permohonan peguam negara dengan serta merta," katanya lagi.



Menurut Karpal, pertelingkahan yang berlaku di kamar mahkamah antara beliau dan Amerjeet adalah wajar kerana secara tiba-tiba peguam negara menfailkan permohonan itu pada tengahari ini.



Sementara itu, seorang lagi peguam Teoh, Gobind Singh Deo yang turut hadir berkata, "pihak mahkamah mempunyai hak untuk membatalkan permohonan (peguam negara) tersebut yang tidak mengikut prosedur.



Beliau berkata,"saya meminta agar mahkamah menolak permohonan secara tiba-tiba itu dan berharap agar kes Nazri menghina mahkamah akan terus dibicarakan.



"Peguam Negara tidak perlu mempertahankan menteri yang bercakap besar yang kononnya boleh terlepas dari hukuman tentang kelantangannya menuduh Dr Pornthip sebagai ‘pembohong’," tambahnya.

Pelik Sungguh Pencuri hanya mencuri CPU Komputer Di Pejabat Azmin: Siasat Segera

Pusat khidmat DUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali di Taman Melawati, Hulu Kelang telah dipecah masuk hujung minggu lalu.

Tetapi anehnya, Azmin yang juga naib presiden PKR itu berkata, hanya lima unit CPU komputer yang dilarikan dari pusat itu.

Katanya, seorang pegawainya menyedari kejadian tersebut apabila membuka semula pejabat itu hari ini, yang ditutup sepanjang hujung minggu lalu.

Beliau yang juga ahli parlimen Gombak berkata, pejabat itu ditutup selama dua hari untuk memberi tumpuan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Ketika ditemui di premis tersebut, Azmin terkejut kerana hanya CPU komputer sahaja yang dicuri.

"Semua barang, mesin pencetak, mesin faks, monitor komputer dan telefon, tidak dicuri," katanya.

Menurut Azmin, kejadian tersebut disedari pegawai khasnya, Najib Onn sebaik sahaja beliau tiba di pusat khidmat tersebut pagi tadi.

"Najib menyedari tombol pintu utama telah dipecahkan dan mendapati fail-fail berselerakan di atas lantai," katanya dan satu laporan dibuat hari ini di Balai Polis Ampang berhubung kejadian tersebut.

Azmin juga berkata, beliau telah memaklumkan kejadian ini kepada Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar apabila kedua-duanya bertemu dalam satu majlis pagi tadi.

"Khalid memberi jaminan kepada saya bahawa pegawainya akan menyiasat insiden ini dan menjejaki dalangnya," katanya.

Seramai tiga anggota polis tiba ke pusat khidmat Azmin pada jam kira-kira 1.30 petang ini untuk melakukan penyiasatan dan merekodkan bukti.

Kita Bongkar : Benarkah... Saksi Utama Remaja Mati Ditembak Adalah Anak Polis.

Saksi Utama Kanak2 Mati Ditembak Adalah Anak Polis.. Minta Saksi Dilindungi Dari Bapa Sendiri

Rupa-rupanya, daripada dua orang saksi itu, sorang adalah anak polis sendiri. Memang semasa menulis berita ini, hati masih berdarah panas kerana kezaliman polis itu sendiri. Memang rasa sayu melihat keluarga mereka yang menerima ahli keluarga yang ditembak oleh polis seolah-olah arwah penjenayah besar..macam geng mamak atau geng Palembang..



Baguslah ada Ahli Parlimen Shah Alam dan Adun Kota Anggerik yang datang menghulurkan bantuan. Memang polis bersabung nyawa selamatkan orang ramai..tapi kenalah hati-hati dan jangan cuai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.