Video: PR Perak Tidak Hirau Notis Ganesan

Esok Kartika Menghadap Tengku Mahkota Pahang



Bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno - yang dijatuhkan hukuman sebat kerana minum arak -akan mengadap Tengku Mahkota Pahang bagi membincangkan nasibnya esok, kata bapanya Shukarno Mutalib.

Isu Kartika yang dijatuhkan hukuman enam sebatan oleh mahkamah syariah tahun lalu dibantah kumpulan-kumpulan hak asasi manusia yang mahukan pihak berkuasa membatalkan hukuman itu.

Ketika beliau disebut-sebut sebagai wanita pertama yang akan disebat di bahawa undang-undang Islam di Malaysia, tiga wanita dilaporkan menjalani hukuman itu hujung bulan lalu atas kesalahan melakukan persetubuhan haram.

Media melaporkan, hukuman terhadap Kartika ditangguhkan dan hanya akan dijalankan apabila beliau bertemu dengan pihak Istana Pahang. Beliau sebelum ini ditahan penguatkuasa agama kerana minum arak di sebuah hotel di Kuantan.

“Kami telah dihubungi dan diarahkan mengadap Tengku Mahkota Pahang esok setelah Kartika mohon mengadap tuanku beberapa bulan lalu,” kata Shukarno kepada agensi berita AFP hari ini.

Dipelawa Bukan Meminta Mengetuai KPS - Salehuddin



PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Salehuddin Hashim hari ini menjelaskan bahawa Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempelawa beliau untuk mengetuai Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), bukan atas permintaannya.

“Memadailah bagi saya menyatakan bahawa sindiran Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali Syed Husin terhadap saya adalah cukup untuk saya mendedahkan bahawa saya mempunyai rekod menghantar emel sulit kepada Anwar.

“Anwar sendiri yang mengarahkan saya untuk mengambil tugas dan tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi parti walaupun saya agak keberatan,” katanya dalam satu di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Syed Husin hari ini yang mendakwa bekas setiausaha agung PKR itu bertindak keluar parti mungkin kerana marah tidak dilantik mengetuai KPS dengan permintaan gaji sebanyak RM50,000 sebulan.

Syed Husin juga berkata, andaian bahawa Salehuddin berkhidmat sebagai setiausaha agung secara percuma juga tidak benar kerana hakikatnya beliau dibayar elaun sebanyak RM9,000 sebulan walaupun jumlah elaun yang diminta ialah sebanyak AS$3,000.

Beliau menolak andaian bahawa Salehuddin berkhidmat sebagai setiausaha agung secara percuma juga tidak benar kerana hakikatnya beliau dibayar elaun sebanyak RM9,000 sebulan walaupun jumlah elaun yang diminta ialah sebanyak AS$3,000 (RM10,149)

Dalam pada itu Salehuddin menegaskan bahawa beliau hanya akan mengambil tugas yang ditawarkan Anwar jika dibayar RM1 sebulan.

“Memadailah untuk Syed Husin membuat kajiannya sendiri sebelum cakap melalut,” katanya.

Tegasnya, semua bukti mengenai tawaran jawatan kepadanya direkodkan dalam komputer miliknya.

“Saya berharap Syed Husin yang tinggi kalibernya untuk sekurang-kurangnya menaikkan standardnya daripada standard kebudak-budakan.

“Tetapi saya faham buluh tua tidak boleh dilentur lagi,” katanya.

Beliau menjelaskan adalah satu perkara yang melucukan bagi seorang pemimpin yang mempunyai jawatan tinggi dalam PKR menimbulkan isu beliau mahu jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Tambahnya, pemimpin tinggi parti seperti Syed Husin sepatutnya berusaha mengukuhkan parti daripada "meneruskan dendam peribadinya".

Kata Salehuddin, selama empat tahun beliau bertugas sebagai Setiuasaha Pengelola dan Ketua Staf di pejabat Anwar beliau tidak menerima apa-apa bayaran.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Anwar telah merayu saya untuk berkhidmat sebagai Setiuasaha Agung sepenuh masa. Dengan berat hati saya menerima jawatan tersebut dengan beberapa syarat, antaranya gaji yang mencukupi dan elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, makan minum dan sebagainya.

“RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah gaji yang telah dibayar kepada pelbagai individu dalam dan luar parti,” katanya.

Kes MB Selangor Saman Bank Islam 15 Mac Nanti



Mahkamah Tinggi di sini menetapkan empat hari mulai 15 Mac untuk mendengar saman difailkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), yang mendakwa bahawa terdapat penjualan yang salah saham-saham miliknya dalam Kumpulan Guthrie Berhad.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas menemui peguam yang mewakili Abdul Khalid, M Thomas Philip, dan peguam bank berkenaan, Ganesan Nethi.

Pada 21 Ogos, 2009, Abdul Khalid diperintahkan membayar RM66.67 juta kepada BIMB berhubung pinjaman Islam beliau untuk memberi saham Guthrie pada 2001 ketika beliau menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat itu, selepas mahkamah membenarkan permohonan bank bagi mendapatkan penghakiman,

Mahkamah, bagaimanapun membenarkan permohonan Abdul Khalid untuk menggantung perintah berkenaan sementara menunggu perbicaraan samannya terhadap bank itu.

Permohonan rayuan Abdul Khalid terhadap perintah itu akan didengar Mahkamah Rayuan esok.

Abdul Khalid memfailkan saman terhadap bank itu pada 18 Mei, 2007, dengan mendakwa bahawa terdapat penjualan yang salah saham-saham dalam Guthrie mengikut kemudahan pinjaman Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) bertarikh 30 April, 2001.

Beliau memohon pengisytiharan bahawa ada kontrak kolateral antara beliau dan bank itu berhubung kemudahan pinjaman BBA.

Abdul Khalid, yang merupakan CEO Kumpulan Guthrie Berhad dari 1995 hingga 2003, juga memohon ganti rugi daripada BIMB, dengan mendakwa bahawa bank itu telah menjual saham-sahamnya dalam Guthrie.

BIMB memfailkan saman balas untuk mendapatkan jumlah wang itu pada 24 Mei 2007, dengan mendakwa bahawa perjanjian Al-Bai Bithaman Ajil telah dilanggar berikutan kegagalan Abdul Khalid membayar semula pinjaman itu. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.