Esok Kartika Menghadap Tengku Mahkota Pahang



Bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno - yang dijatuhkan hukuman sebat kerana minum arak -akan mengadap Tengku Mahkota Pahang bagi membincangkan nasibnya esok, kata bapanya Shukarno Mutalib.

Isu Kartika yang dijatuhkan hukuman enam sebatan oleh mahkamah syariah tahun lalu dibantah kumpulan-kumpulan hak asasi manusia yang mahukan pihak berkuasa membatalkan hukuman itu.

Ketika beliau disebut-sebut sebagai wanita pertama yang akan disebat di bahawa undang-undang Islam di Malaysia, tiga wanita dilaporkan menjalani hukuman itu hujung bulan lalu atas kesalahan melakukan persetubuhan haram.

Media melaporkan, hukuman terhadap Kartika ditangguhkan dan hanya akan dijalankan apabila beliau bertemu dengan pihak Istana Pahang. Beliau sebelum ini ditahan penguatkuasa agama kerana minum arak di sebuah hotel di Kuantan.

“Kami telah dihubungi dan diarahkan mengadap Tengku Mahkota Pahang esok setelah Kartika mohon mengadap tuanku beberapa bulan lalu,” kata Shukarno kepada agensi berita AFP hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.