MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN


SEMUA AHLI PAS CAWANGAN SIMPANG TIGA SEDAKA DIJEMPUT HADIR BERAMAI.

Apa Khabar Adik Syafira Mazlin


Masihkah anda ingat mengenai cerita Kanak-kanak cacat perlukan kerusi roda
SAYA PERLUKAN MAKLUMAT.... SILA MAKLUMKAN MAKLUMAT TERKINI ke alamat email sedakasejahtera@gmail.com

YAN, 12 Mei: Seorang bapa berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat membantu anaknya yang mengalami cacat anggota sejak dilahirkan untuk mendapatkan kerusi roda bagi memudahkannya bergerak dengan sempurna.

Bagi Zulaini Abdullah, 35 tahun, dia tidak mampu untuk membeli kerusi roda untuk anaknya itu kerana dia hanya bekerja sendiri seperti mengambil upah mengerjakan sawah dan membina rumah dengan pendapatan yang tidak seberapa.


“Sejak dilahirkan, anak saya iaitu Syafira Mazlin, tujuh tahun terpaksa duduk di wad Hospital Alor Setar selama tiga bulan kerana dilahirkan tidak cukup bulan,” katanya.

Menurutnya, semasa berada di rumah, Syafira Mazlin tidak boleh berjalan dan bersekolah seperti kanak-kanak yang lain dan hanya mampu berbaring dan tidur setiap hari.


Selain Syafira Mazlin, Zulaini Abdullah turut mempunyai dua anak lagi iaitu Salina Mazlin, 14 tahun yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17 dan Zulazri Sanzy, 10 tahun yang belajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka, Yan.

Beliau menjelaskan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Guar Chempedak turut menyalurkan bantuan sebanyak RM130 sebulan kepada Syafira Mazlin bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggungnya.
“Saya bersama isteri, Umi Kalsom banyak membantu Syafira Mazlin terutama ketika dia hendak makan dan minum,” jelasnya.

Zulaini berkata, sebelum ini dia ada meminta kepada JKM Guar Chempedak untuk mendapatkan kerusi roda tetapi tidak berjaya.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga Zulaini Abdullah, bolehlah menghubunginya di alamat, No.ST7B, Kampung Sedaka Tengah, 06900 Yan, Kedah atau melalui telefon: 017-5966904 atau melalui akaun Giro Bank Simpanan Nasional (BSN): 0212529000037263.

Jangan makan limau madu Thai


Pengguna di Malaysia dinasihatkan tidak membeli buah limau madu dari negara ini kerana ia dikesan mengandungi racun serangga Ethion yang berlebihan dan boleh mengancam kesihatan sehingga membawa maut.

Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan Antarabangsa), Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Rantau Panjang, Dr. Mahyin Abd. Hakim berkata, racun serangga tersebut dipercayai digunakan tanpa kawalan oleh petani di negara ini bagi mengelakkan buah limau madu itu rosak akibat serangan serangga.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan racun serangga itu meresap ke dalam buah limau madu itu sebelum dipetik dan dipasarkan.

"Buah limau madu dari negara ini mula dikesan mengandungi racun serangga Ethion pada tahun lalu hasil kajian yang dilakukan ke atas sebahagian buah tersebut yang dieksport ke Malaysia," katanya.

TV3 diheret ke mahkamah jika gagal mohon maaf


Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta, semalam bahawa pegawai khas beliau adalah antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok untuk TV3 dan TV9 memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di Ipoh.

"Kami juga sedang cuba mendapatkan video berkenaan bagi menentukan perkataan yang digunakan," tambah Nizar.

Menurut Nizar besar kemungkinan stesen televisyen berkenaan mendapt maklumat 'palsu' itu daripada sumber yang rapat dengan ahli politik yang berseteru dengannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.