Apa Khabar Adik Syafira Mazlin


Masihkah anda ingat mengenai cerita Kanak-kanak cacat perlukan kerusi roda
SAYA PERLUKAN MAKLUMAT.... SILA MAKLUMKAN MAKLUMAT TERKINI ke alamat email sedakasejahtera@gmail.com

YAN, 12 Mei: Seorang bapa berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat membantu anaknya yang mengalami cacat anggota sejak dilahirkan untuk mendapatkan kerusi roda bagi memudahkannya bergerak dengan sempurna.

Bagi Zulaini Abdullah, 35 tahun, dia tidak mampu untuk membeli kerusi roda untuk anaknya itu kerana dia hanya bekerja sendiri seperti mengambil upah mengerjakan sawah dan membina rumah dengan pendapatan yang tidak seberapa.


“Sejak dilahirkan, anak saya iaitu Syafira Mazlin, tujuh tahun terpaksa duduk di wad Hospital Alor Setar selama tiga bulan kerana dilahirkan tidak cukup bulan,” katanya.

Menurutnya, semasa berada di rumah, Syafira Mazlin tidak boleh berjalan dan bersekolah seperti kanak-kanak yang lain dan hanya mampu berbaring dan tidur setiap hari.


Selain Syafira Mazlin, Zulaini Abdullah turut mempunyai dua anak lagi iaitu Salina Mazlin, 14 tahun yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17 dan Zulazri Sanzy, 10 tahun yang belajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka, Yan.

Beliau menjelaskan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Guar Chempedak turut menyalurkan bantuan sebanyak RM130 sebulan kepada Syafira Mazlin bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggungnya.
“Saya bersama isteri, Umi Kalsom banyak membantu Syafira Mazlin terutama ketika dia hendak makan dan minum,” jelasnya.

Zulaini berkata, sebelum ini dia ada meminta kepada JKM Guar Chempedak untuk mendapatkan kerusi roda tetapi tidak berjaya.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga Zulaini Abdullah, bolehlah menghubunginya di alamat, No.ST7B, Kampung Sedaka Tengah, 06900 Yan, Kedah atau melalui telefon: 017-5966904 atau melalui akaun Giro Bank Simpanan Nasional (BSN): 0212529000037263.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.