ALOR SETAR - Penolong pengurus belia Persatuan
Bolasepak Kedah (KFA) direman selama empat hari untuk membantu kes
penipuan pelaburan tukaran mata wang asing (Forex) membabitkan kerugian
berjumlah RM3.5 juta.
Perintah
tahanan reman bermula hari ini sehingga 12 Mei dikeluarkan oleh Pendaftar
Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim.
Perintah
tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek lelaki
berusia 41 tahun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.







