GEMPAR!! Penolong Pengurus Belia Persatuan Balasepak Kedah (KFA) Direman Empat Hari Bersabit Penipuan RM3.5 Juta..




ALOR SETAR - Penolong pengurus belia Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) direman selama  empat hari untuk membantu kes penipuan  pelaburan tukaran mata wang asing (Forex) membabitkan kerugian berjumlah RM3.5 juta.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga 12 Mei dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim.

Perintah tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas suspek lelaki berusia 41 tahun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Sahabudin Abd Manan mengesahkan tangkapan ke atas suspek berkenaan.

Beliau berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis di hadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Kota Sarang Semut, Alor Setar kira-kira jam 4.30 petang semalam.

"Suspek dipercayai memperdaya pengadu yang berusia 24 tahun dalam urusan pelaburan Forex dengan menjanjikan keuntungan 50 peratus dari jumlah yang dilaburkan setiap dua minggu selama beberapa kali.

"Difahamkan, pengadu yang melabur sebanyak RM50,000 dengan memberi wang berkenaan dengan memasukkan akaun bank suspek. Pada Mac tahun lalu, pengadu membuat laporan polis selepas tidak mendapat sebarang keuntungan yang dijanjikan,"katanya.


Turut, difahamkan, lebih  500 ahli telah menyertainya. Semua wang yang diterima oleh pengadu daripada ahli pengadu telah masukkan ke dalam akaun suspek  berjumlah  RM 3.5 Juta.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.