PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memuktamadkan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantu
peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
12.07pm: Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.
11.55am: Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ.



