Updated - LIVE PRK N01 Kuala Besut : (Video & Gambar2) Warna Warni Pengundian Di Pertengahan Bulan Ramadhan, Moga Allah Memberi Kemenangan Kepada Pejuang Islam.. Jom Terjah!!!


Laporan harakahdaily: Che Long tiba di pusat mengundi jam 7.30 pagi 

BESUT: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long tiba di pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu kira-kira jam 7.30 pagi ini. 

Beliau yang ditemani isteri, Che Zabiah Mohamad bersalaman dengan para pengundi dan petugas SPR yang telah berada di situ. 

Che Long seterusnya memasuki tempat mengundi sebaik ia dibuka jam 8.00 pagi. 

Sementara itu, jalan utama di Kuala Besut mengalami kesesakan agak teruk pagi ini. Cuaca pagi ini cerah. 

AL-Fatihah: Seniwati Umi Kalthom Juga Isteri Kepada Pelakon, Allahyarham S Roomai Noor Kembali Ke Rahmatullah Awal Pagi ini..

Allahyarhamah Seniwati Umi Kalthom


SUBANG JAYA – Seniwati Umi Kalthom, 81, atau nama sebenarnya Patimah Bahudin meninggal dunia awal pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman anak sulungnya di Taman Melawati, kira-kira 4 pagi.
Seniwati berkenaan dilapor meninggal dunia dalam keadaan tidur dan perkara itu  hanya disedari anggota keluarga sewaktu mengejutkannya untuk bangun bersahur.

Allahu Rabbi!!! (Gambar) Anak Peneroka Felda Berusia 14 Tahun Dirogol 8 Lelaki Bergilir-gilir Atas Susunan Tiang Elektrik.. Jom Terjah!!

Lokasi kejadian mangsa dirogol bergilir-gilir dipercayai oleh lapan lelaki di Bukit Kebuk awal pagi semalam.

MARAN - Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun malang buat rakan mangsa, juga berusia 14 tahun apabila dirogol bergilir-gilir lapan lelaki terbabit di atas susunan tiang elektrik di kawasan semak berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan.

Peguam Negara Pertahan Lantikan Shafee Sebagai Pendakwa Raya Kes DS Anwar.. Ini Alasannya.. Jom Terjah!!!

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) mempertahankan keputusannya melantik peguam Umno Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwa raya kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gani berkata beliau memutuskan untuk membawa orang luar kerana pernah dituduh berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan.
Beliau menggesa orang ramai melihat pelantikan Shafee secara objektif kerana ini bukanlah pertama kali hal sedemikian berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.