Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin
SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.
“Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.




