Panas (18SX) "Jurutera Saudara EXCO Terengganu" Hanya Pilih Wanita Montok, Gebu & Besar.. Untuk Apa? Jom Terjah!!!




Malu aiii...
FATIN AMIRA (kiri) dan Salsabila menunjukkan salinan laporan polis setelah mereka mendakwa ditipu seorang kasanova di Segamat

SEGAMAT – Bagi memenuhi selera mewahnya, seorang lelaki dari Kuala Berang, Terengganu didakwa memanipulasi mangsa-mangsanya yang dikenali melalui satu laman web mencari jodoh Myjodoh.net bagi mengaut wang mudah.


Dengan menyamar sebagai jurutera dan mendakwa mempunyai talian saudara dengan salah seorang Exco kerajaan negeri Terengganu, lelaki berkulit sawo matang dan berusia 37 tahun itu menabur janji akan berkahwin dengan mangsanya sebelum mengebas wang mangsanya.

Bagaimanapun, tidak semua kaum hawa yang mendaftar di laman web berkenaan menjadi pilihannya kerana hanya wanita bujang atau janda yang berumur antara 20-an hingga 30-an menjadi sasarannya.

Ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya ialah mereka yang berbadan besar, montok dan gebu.

Salah seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Fatin Amira, 20-an mendedahkan, dia terjerat dengan permainan kotor lelaki yang dikenalinya dengan nama Marzuki pada awal tahun 2011.

“Myjodoh.net yang ‘menyatukan’ kami. Walaupun dia tidak kacak tapi bila bercakap dengannya, jantung saya berdebar-debar, hati asyik teringat. 

Susah nak gambarkan, pendek kata dia memang hebat bermain dengan kata-kata manis,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.