KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011, Presiden PAS Ucap Tahniah


KEPUTUSAN RASMI PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011

('98 Daudsu - Gol sendiri, '110 Ahmad Nordin) Terengganu 2 - 1 Kelantan ('80 Nurul Azwan Roya)

* Terengganu Juara PIALA FA 2011

Pemain Terbaik : Mazuki Yusof (Terengganu)




KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya menjuarai Piala FA 2011.

“Juga syabas kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan permainan yang konsisten sehingga saat-saat terakhir perlawanan,” ujarnya di laman Facebook.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang sekali lagi mengingatkan kepada penyokong kedua-dua pasukan yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil agar berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu yang telah menjuarai Piala FA pada malam ini.

"Kepada pasukan Kelantan, saya bangga," ujarnya melalui laman Facebook.



Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah berjaya menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Ahmad Nordin Alias menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-109 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada tamat permainan penuh.

Kelantan menjaringkan gol terlebih dahulu menerusi Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum rakan sepasukan, Mohd Daudsu Jamaluddin menjaringkan gol sendiri melalui tandukan pada masa kecederaan bagi membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut menyaksikan perlawanan akhir itu.

Turut sama ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Inilah Rupa Penyanyi Alyah Yang Melecur Terkena Air Panas Dari Perut Hingga Ke Paras Paha... Terpaksa Didukung Ke Kenderaan Untuk Dibawa ke Hospital

Alyah telah dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Damansara pagi kelmarin (10/6) akibat terkena air panas. Kejadian jam 10 pagi itu berlaku ketika Alyah sedang membuat air sebelum keluar menghadiri sebuah rakaman program di NAR Studio.

Ekoran kejadian itu, Alyah melecur teruk dari bahagian perut ke peha sehingga menyukarkannya untuk berjalan. Difahamkan Alyah terpaksa didukung turun ke kenderaan sebelum dibawa ke hospital.

Keadaan Alyah masih lemah dan terpaksa dimasukkan ‘air’. Menurut pengurus Alyah, doktor memaklumkan bahawa Alyah masih tidak merasai kesakitan tersebut kerana masih terkejut. Namun, Alyah akan merasainya kemudian apabila luka itu mula menggelembung.

Doktor juga dijangka akan membalut luka Alyah dengan plastik khas untuk mengelakkan luka tersebut dari dijangkiti kuman

Mogok Terbesar Nelayan Di Pahang, Negeri Kelahiran PM Najib... Kenapa Mereka Sanggup Memalukan PM Najib?

gambar hiasan

KUANTAN: Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak, berkata nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka.
"Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini.
Beliau berkata, mogok itu diadakan selama tiga hari mula hari ini dan diteruskan jika tindakan segera tidak diambil pihak berkenaan.

Seorang pengusaha bot, Hing Hua Kow, berkata ada di kalangan mereka merancang menjual bot yang digunakan untuk mencari rezeki selama ini kerana tidak mampu menanggung kerugian tinggi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini.
- BERNAMA

Kerajaan Kelantan Umum Cuti Sempena Meraikan Kejayaan Pasukan Bolasepak Kelantan Ke Final Piala FA. Tahniah TG Nik Aziz Atas Semangat Kesukanan


KOTA BHARU, 11 Jun: Kerajaan Kelantan petang ini mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan skuad Red Warriors memasuki perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi.

Katanya, cuti umum peristiwa itu diberi memandangkan ramai anak-anak Kelantan datang ke Bukit Jalil bagi menyaksikan skuad bola sepak mereka berentap dengan Terengganu di perlawanan akhir malam ini.

"Menimbangkan di atas faktor keselamatan memandangkan ramai anak-anak muda datang menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini maka kerajaan negeri menimbangkan cuti peristiwa esok.

"Ini membolehkan mereka yang datang jauh tidak perlu pulang tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya dihubungi di Kuala Lumpur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.