Kerajaan Kelantan Umum Cuti Sempena Meraikan Kejayaan Pasukan Bolasepak Kelantan Ke Final Piala FA. Tahniah TG Nik Aziz Atas Semangat Kesukanan


KOTA BHARU, 11 Jun: Kerajaan Kelantan petang ini mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan skuad Red Warriors memasuki perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi.

Katanya, cuti umum peristiwa itu diberi memandangkan ramai anak-anak Kelantan datang ke Bukit Jalil bagi menyaksikan skuad bola sepak mereka berentap dengan Terengganu di perlawanan akhir malam ini.

"Menimbangkan di atas faktor keselamatan memandangkan ramai anak-anak muda datang menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini maka kerajaan negeri menimbangkan cuti peristiwa esok.

"Ini membolehkan mereka yang datang jauh tidak perlu pulang tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya dihubungi di Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.