Datuk Noh Akan Bawa Kes Kematian Aminulrasyid ke kabinet esok


Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya.

Polis Diminta Jamin Keselamatan Saksi Utama Kes Tembak Remaja : Khalid Samad


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.
Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminul Rashid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.

Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.

Zahid Hamidi Menjaja Pembohongan: Isu Khutbah Jumaat Dr.Hassan Ali

Ini satu pembohongan dan juga kejahilan. Media Umno BN menokoh tambah lagi pembohongan kononya ada orang yang melaungkan takbir ketika khutbah Jumaat kerana bersemangat mendengar khutbah Jumaat Hasan Ali, kalaupun ada boleh jadi ahli Umno yang solat di situ yang melaugkan takbir dengan tujuan kononnya penyokong PAS yang berbuat demikian. Penyokong PAS tidak sejahil sebagaimananya jahilnya penyokong Umno BN.

Khutbah Jumaat Hasan Ali, Zahid Hamidi jahil atau bohong?

Isu Khutbah Jumaat Dr. Hasan Ali di jaja oleh Umno merata kampung. Datuk Zahid cuba menjadi juara dalam menjaja isu ini. Hasan Ali dituduh menggunakan masjid dan khutbah Jumaat untuk kepentingan politik, Khutbah Jumaat dan Solat Jumaat dituduh tidak sah kerana kononnya tidak membaca solawat ke atas Rasulullah saw.

Pada saya sama ada Zahid jahil atau sengaja mahu berbohong. Saya tidak pasti sama ada Zahid solat Jumaat dan mendengar sendiri Khutbah tersebut atau sekadar mendengar laporan dari ahli jamaah yang lain.

Kalau benar dakwaan tersebut, sudah pasti JAIS dan Mufti Selangor menyiasat dan mengumumkan hasil siasatan kepada ahli jamaah qaryah tersebut.

Ini melibatkan soal hukum sah atau batal Solat Jumaat tersebut akibat tertinggal salah satu rukun Khutbah. Sekiranya didapati benar tidak sah, semua ahli jamaah yang solat di situ wajib mengqadhakan Jumaat menjadi solat Zohor.

Ternyata dakwaan tersebut tidak benar dan bohong. Saya tidak mendengar sendiri Khutbah tersebut tetapi mungkin sahaja samada Dr. Hassan Ali membaca solawat Nabi yang lafaznya lain dari solawat nabi yang sering dibaca oleh para khatib.

Solawat Nabi bermacam lafaz dan jenis, semuanya boleh dipilih untuk dibaca seperti solawat Syifa' dan sebagainya.

Atau boleh jadi juga pelapor kepada Zahid itu tertidur ketika solawat ke atas Rasulullah saw. dibaca, atau solawat dibaca sebaik sahaja puji-pujian terhadap Allah dengan membaca seperti Alhamdulilahi Rabbil 'Alamin, Wassolatuwasallamu 'ala ashrafil anbiya' wal mursalin.................... itupun sudah memenuhi syarat membawa solawat, tidak semestinya dibaca sebagaimana lazim dibaca oleh para Khatib.

Sebenarnya Zahidlah yang mempolitikkan isu Khutbah Jumaat Hasan Ali. Tanpa usul periksa dan merujuk JAIS mengenai khutbah Jumaat tersebut, Zahid terus menuduh secara melulu kononnya Hasan Ali terlalu berpolitik dalam khutbah sehingga terlupa baca solawat nabi.

Ini satu pembohongan dan juga kejahilan. Media Umno BN menokoh tambah lagi pembohongan kononya ada orang yang melaungkan takbir ketika khutbah Jumaat kerana bersemangat mendengar khutbah Jumaat Hasan Ali, kalaupun ada boleh jadi ahli Umno yang solat di situ yang melaugkan takbir dengan tujuan kononnya penyokong PAS yang berbuat demikian. Penyokong PAS tidak sejahil sebagaimananya jahilnya penyokong Umno BN.

JAIS telahpun mengesahkan Khutbah Jumaat Hasan Ali tidak berbau politik dan menepati dengan semua rukun khutbah.

Orang Bagan Datoh wajar malu mempunyai seorang Ahli Parlimen dan Menteri yang pembohong, jahil dan berlagak alim dan pandai.

Setahun lebih dulu, selepas balik haji Zahid juga pernah berbohong kononnya Hj Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat mahu menutup Tadika Kemas di negeri Perak.
Berbohong selepas balik menunaikan haji, bau-bauan minyak wangi yang dipakai sepanjang berada di Tanah Suci tak hilang lagi , Zahid sudah berbohong kepada rakyat.

Ketika itu beliau Menteri yang jaga hal ehwal agama. Malunya orang Bagan Datoh punya Menteri yang pembohong macam Zahid Hamidi.

Ustaz Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.

Pakar Forensik British Dakwa dapat e-mel Ugutan



SHAH ALAM, 27 April — Pakar Forensik British Prof Dr Peter Vanezis membuat laporan polis malam tadi selepas menerima e-mel berupa ugutan berikutan keterangannya dalam inkues kes kematian Teoh Beng Hock.

Ugutan terhadap Dr Vanezis juga dilaporkan oleh ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa kepada inkues yang disambung hari ini.

Abdul Razak berkata e-mel itu “menakutkan dan mengancam keselamatan” pakar British itu yang memberi keterangan untuk kali pertama semalam.

Dr Vanezis tidak senang dengan e-mel ancaman terhadap beliau dan keluarganya itu, kata Abdul Razak.

Laporan polis dibuat di balai polis Seksyen 11 Shah Alam pada pukul 11 malam.

Dr Vanezis, yang dilantik SPRM dan pakar patalogi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor, telah menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh yang digali semula dari kubur pada November tahun lepas.

Semalam, beliau memberitahu inkues bahawa Teoh berada dalam keadaan sedar semasa jatuh dan beliau tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Teoh telah dicekik sebelum kematiannya.

Dr Vanezis, hari ini dijadual disoalbalas oleh peguambela Gobind Singh Deo, yang mewakili keluarga Teoh.

Pada 17 Julai tahun lepas, Teoh ditemui mati di koridor di tingkat lima Plaza Masalam di sini selepas disoal siasat oleh SPRM Selangor di pejabat suruhanjaya itu yang terletak di bangunan yang sama, berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri. — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.