Peniaga di Hulu Selangor - Jangan Dok Sembelih Kami Yang Nak Pi Kempen, Hampa Di Pantau


HULU SELANGOR: Lima pasukan pemantau harga dan pegawai penguatkuasa dengan kekuatan 25 orang kini mula bertugas untuk memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya berikutan musim pilihan raya kecil bagi Parlimen Hulu Selangor.

Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pasukan itu menjelajah ke seluruh kawasan di Hulu Selangor bagi memantau harga barangan berikutan kehadiran luar biasa orang ramai di musim pilihan raya kecil ini.

"Kita menambah pasukan pemantau harga bagi membantu pegawai dan penguatkuasa tempatan bagi memantau harga barangan dijual mengikut senarai harga yang ditetapkan selain mengenal pasti kedai yang menaikkan harga di sekitar sini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam Kuala Kubu Baru dan Pasar Peladang di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kesedaran peniaga di sekitar Kuala Kubu Baru cukup tinggi dengan mempamerkan harga barangan keperluan yang dijual dan tiada sebarang kenaikan harga.

"Setakat ini harga masih okay seperti biasa sebelum penamaan calon dan kita akan sentiasa memantau. Namun, pengguna juga perlu melaporkan kepada pihak kementerian jika ada sebarang kenaikan harga dikenakan," katanya.

Beliau mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan di sepanjang musim pilihan raya dengan mengenakan harga yang tidak sepatutnya, sebaliknya menambah produk barangan keperluan bagi menampung kehadiran orang ramai ke pekan ini.

Katanya, pengguna boleh menyalurkan maklumat dan mengemukakan aduan terhadap sebarang kenaikan harga barangan kepada bilik gerakan kementerian di Kuala Kubu Baru yang dibuka sepanjang masa termasuk menghubungi talian bebas tol 1800-886-800 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32255.
"Pegawai terbabit yang berpakaian seperti orang awam mengumpul maklumat berkenaan harga barangan serta membuat laporan dan berdasarkan laporan itu, pasukan penguatkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya kepada peniaga yang ingkar," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata semua pihak termasuk pembangkang perlu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dengan berkempen secara berhemah sepanjang pilihan raya kecil ini.

"Kempen pilihan raya yang baru masuk sehari ini masih terkawal dan semua pihak termasuk pembangkang harus menghormati demokrasi. Kita tidak menyekat usaha berkempen, berkempenlah dengan baik jangan buat provokasi dan menimbulkan keributan sehingga berlaku pergaduhan," katanya. - Bernama

Banyaknya Duit Fairus Bekas TKM P.Pinang - Langsai Hutang Pinjaman Kereta Mercedez


PULAU PINANG 18 April - Bekas Timbalan Ketua Menteri I (TKM1) Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz dengan kerajaan negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman berkata, Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lepas bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.

"Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.

Katanya, notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.

Semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.

Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan TKM1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April, beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti. - Bernama

Sokongan 100% kepada Zaid Arahan Tuan Guru Dato' Presiden

HULU SELANGOR, 17 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor adalah pilihan sebulat suara PAS, PKR dan DAP.

Oleh itu, beliau mahu semua pihak dalam PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat itu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis meraikan para petugas PAS dari Terengganu yang berkumpul di Felda Sungai Tengi, Ulu Bernam petang tadi.

Lebih 100 petugas PAS dari negeri itu berkumpul di situ dan menerima amanat dari beliau serta lain-lain pimpinan PAS sebelum menjalankan tugas sehingga pilihan raya kecil ini pada 25 April nanti.

"Ada orang buat macam-macam tuduhan kepada Datuk Zaid masa dia Umno dulu. Saya tegaskan, kalau adapun itu masa dia dalam Umno. Sekarang dia sudah bersama kita dan dah meninggalkan Umno," kata beliau penuh semangat diiringi takbir dari para penyokong PAS.

Bagi beliau, Zaid adalah tokoh kebangsaan yang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin.

"Ketika para pemimpin Umno lain berebut-rebut nak jadi pemimpin, dia meletakkan jawatan sebagai menteri kerana menentang salah guna ISA," kata Abdul Hadi merujuk tindakan Zaid melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga orang termasuk seorang wartawan di bawah ISA.

Berhubung dengan tindakan firma guaman Zaid menyaman kerajaan negeri Kelantan kerana meluluskan undang-undang Hudud, Abdul Hadi menegas itu apa yang Zaid buat sebagai pemimpin Umno dan dia telah menarik balik tindakan itu.

"Itu semasa dia bersama Umno...sekarang dia sudah keluar dari Umno. Baru-baru ini dia dah pergi menunaikan haji....kita yakin dia telah berubah selepas bersama kita," kata beliau.

Abdul Hadi juga memberitahu, selepas Zaid meletakkan jawatannya dan keluar dari Umno, beliau juga ada berbincang dengan para pemimpin PAS untuk menyertai parti Islam itu atau menyertai PKR. Selepas berbincang termasuk dengan pemimpin PKR, mereka bersetuju Zaid perlu menyertai PKR.

Ucapan Abdul Hadi di majlis itu penuh semangat serta menjawab pelbagai persoalan panas yang berbangkit dalam pilihan raya kecil ini walaupun hujan mencurah-curah ketika beliau berucap sehingga banjir kilat di sekitarnya.

Felda Sungai Tengi adalah salah satu kawasan Felda yang menjadi kubu Umno dalam Dun Hulu Bernam di Hulu Selangor. Dalam pilihan raya umum lalu, calon PKR, Datuk Dr Zainal kalah lebih 600 undi di peti undi itu.

Dalam pilihan raya ini, Umno menjadikan empat kawasan Felda sebagai pangkalan gerakan mereka untuk memenangkan calon BN, P Kamalanathan dari MIC.

Namun, ketidakpuasan hati ahli Umno di situ jelas dalam pilihan raya ini. Mereka melalui Umno Hulu Selangor berusaha keras untuk mempastikan seorang calon Umno bertanding dalam pilihan raya kecil ini, namun apa yang mereka dapat adalah kosong berbanding MIC yang mendapat tiga menjelang hari penamaan calon.

Selain dapat menjadi calon, Timbalan Presiden MIC, G Palanivel yang mereka tidak sukai dikatakan akan dilantik menjadi senator dan timbalan menteri.

Salah seorang dari mereka berkata, jika BN menang dalam pilihan raya kecil ini, harapan untuk calon Umno bertanding di kawasan Parlimen yang majoriti orang Melayu ini akan hilang terus.

BN Mulai Kempen Dengan Baling Botol

Bahang kehangatan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor semakin terasa apabila berlaku ketegangan antara penyokong Pakatan Rakyat dan BN di sebuah padang berdekatan Pekan Kerling, Kuala Kubu Baru, malam semalam.

hulu selangor by election bottle throwing incident 170410 02Pegawai Penyelaras Pakatan Parlimen Hulu Selangor, Ali Rahman berkata kejadian berlaku apabila Pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang lalu lalang untuk mendengar ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Ali mendakwa sebanyak tiga hingga empat biji botol dibaling oleh mereka ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.

Katanya tindakan provokatif itu dilakukan seramai kira-kira 30 hingga 40 orang Pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.

hulu selangor by election bottle throwing incident 170410 03Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sampai ke situ untuk menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam.

Tiindakan membaling botol itu mencetuskan kemarahan hampir 30 penyokong Pakatan.

Mereka kemudiannya meluru ke arah Pemuda BN sambil meminta agar penyokong kerajaan itu memberi kerjasama, menjaga adab dan menghormati program tersebut tanpa sebarang gangguan.

Malaysiakini turut mendapati beberapa wakil dari Pemuda BN cuba memujuk penyokong mereka agar bertenang dan mengendurkan keadaan.

hulu selangor by election bottle throwing incident 170410 04Ketegangan yang berlaku selama 10 minit itu, berjaya ditenteramkan oleh kira-kira 30 anggota polis yang berada di situ termasuk lapan anggota Light Strike Force yang datang beberapa minit kemudian.

Sebelum itu, penyokong BN bersorak dan menjerit tanpa henti bagi mengganggu ucapan beberapa pemimpin Pakatan antaranya Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub; ahli parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang sedang menyampaikan ceramah mereka.

Selepas campur tangan polis, ceramah malam semalam berjalan lancar dan pemimpin Pakatan menggunakan peluang itu bagi menempelak tindakan Pemuda BN

Malaysia Kini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.