Menara Alor Setar anjur Pelajari Ilmu Astronomi




Orang ramai berpeluang mempelajari dan mendalami ilmu astronomi, sekaligus menjadikannya subjek riadah untuk seisi keluarga di Menara Alor Setar di sini, bermula Khamis hingga Sabtu.

Pengurus Besar Menara Alor Setar, Mazlan Mahmud berkata, program Eksplorasi Angkasa Menara Alor Setar itu, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai bidang astronomi melalui beberapa aktiviti seperti pengenalan roket air, teleskop dan astro-fotografi, sains dan angkasa.

"Peserta juga dapat mendekati keajaiban angkasa lepas dengan penglihatan melalui teropong jauh dan dengan mencerap ke langit beberapa sudut gambaran menarik dapat dirakamkan yang dikenali sebagai astro-fotografi.

"Selain itu, penganjur juga dapat menyampaikan maklumat mengenai ilmu falak yang juga dikenali sebagai ilmu kaji bintang dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian program berkenaan, di sini hari ini.

Katanya, antara program yang berlangsung hari ini ialah pertandingan pelancaran Roket Air yang menawarkan hadiah RM200 untuk juara, naib johan (RM100) dan tempat ketiga (RM50).

Mazlan berkata, kira-kira 50 peserta menyertai pertandingan itu dengan yuran pendaftaran sebanyak RM25 untuk setiap pasukan yang dianggotai lima orang.

Selain itu, katanya, bagi acara Star Track Camp, ia terbuka kepada kanak- kanak 13 tahun ke atas dengan bayaran RM60 seorang dan peserta akan dibawa bermalam di Pusat Sains Negara Wilayah Utara serta diberi peluang melakukan aktiviti pencerapan esok.

Beliau berkata, program-program lain yang telah diatur ialah ceramah serta bengkel penerangan tentang ilmu angkasa, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pameran dan gerai-gerai jualan.

Semua program telah disusun dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia, Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Kedah, Pusat Sains Negara Wilayah Utara dan Jabatan Pendidikan Negeri, katanya.

Bapa Dipecat Keahlian, Anak Kaki Lompat & Kebas


Salehuddin: Ayahnya Dipecat Pas, Anaknya Kaki Kebas

Tidak salah rasanya jika dikatakan antara orang paling popular dan paling mendapat perhatian sepanjang minggu ini dalam kancah politik Malaysia ialah Datuk Salehuddin Hashim, mantan Setiausaha Agung PKR. Dia menjadi popular bukan sahaja kerana antara pemimpin penting yang meninggalkan PKR, tetapi kerana dia menampakkan dirinya sebagai perancang sehingga dua Ahli Parlimen dari Nibong Tebal dan Bagan Serai keluar meninggalkan PKR.

Berbicara tentang Salehuddin, sukar untuk seseorang pengamat politik lupakan crita ayahnya - Hashim Gera, ahli Pas yang pernah menjadi Ahli Parlimen Parit pada 1969 selepas menewaskan calon Perikatan, Dato Husein Nordin. Hashim Gera agak terkenal di Parlimen dengan wataknya yang lucu dan gemar berpantun ketika mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen. Ini tidak menghairankan kerana beliau juga merupakan seorang budayawan.

Namun, satu kesilapan budayawan ini tidak dapat dimaafkan oleh Pas, apabila dia berjoget lambak dalam satu majlis dan gambar dia menari joget itu telah disebarkan untuk memburukkan imej Pas. Akibatnya, Hashim Gera telah dipecat keahliannya dari Pas kerana berkelakuan yang menjatuhkan reputasi Pas.

Dan sekarang, anak Hashim Gera yang bernama Salehuddin ini melakukan sesuatu yang berbeza dari ayahnya. Mungkin pengundi Parlimen Parit telah lama memaafkan Hashim Gera, kerana apa yang dilakukannya - menari joget lambak -boleh dianggap sebagai satu kesilapan teknikal yang tidak terlalu besar. Tetapi perbuatan anaknya, yang bergerak penuh licik dan jijik, mengebas calon-calon bermasalah dan membawa mereka keluar dari PKR adalah sukar dimaafkan pengundi-pengundi yang mengundi PKR dalam pilihanraya lalu.

Bapanya, Hashim Gera, masih diingati hingga kini, bukan kerana dia ahli Parlimen Pas yang pandai menari joget, tetapi kerana kepetahannya bercakap dan kemahirannya berpantun. Tapi Salehuddin kelak hanya akan dikenang sebagai kaki kebas MP PKR, aduhai malangnya!!

~ pendikar gunung kriang

Soi Lek Dah Letak Jawatan


Soi Lek Letak Jawatan, Mahu Pemilihan Baru Diadakan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA dan mahu agar pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.

Ketika mengumumkan keputusannya itu pada satu sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini, beliau berkata tujuh lagi anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA juga telah meletak jawatan.

Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa itu berbuat demikian. Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.

Selamat Kembali Sultan Kelantan di KB


Lebih 10,000 rakyat Kelantan sambut kepulangan Sultan

Kira-kira 10,000 rakyat negeri ini membanjiri perkarangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi menyambut keberangkatan pulang Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.

Kebanyakan rakyat jelata mula hadir seawal pukul lapan pagi ini dengan berpakaian kuning dan membawa sepanduk sebagai tanda sokongan kepada banginda.

Sultan Ismail Petra yang dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak Mei lalu dijangka tiba pada pukul 12.30 tengah hari ini menggunakan pesawat Boeing 700 yang ditampah khas.

Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra berangkat pulang setelah berada di Singapura sejak Mei tahun lepas untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth di sini.

Baginda, yang ditemani Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid, kelihatan sihat dan sentiasa tersenyum kepada para doktor dan kakitangan hospital itu yang menghantar baginda ke kenderaannya.

Sultan Ismail Petra, yang berpakaian baju lengan panjang dan seluar hitam dan berkerusi roda, dibawa ke Lapangan Terbang Changi dengan diiringi anggota polis trafik Singapura.

Baginda dan Raja Perempuan menaiki pesawat khas kerajaan Malaysia untuk berlepas ke Kota Baharu.

Turut menghantar baginda di lapangan terbang ialah Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga kerabat diraja Kelantan.

Baginda dimasukkan ke hospital itu pada 24 Mei 2009 untuk mendapatkan rawatan susulan sakit jantung.

Sementara itu di KOTA BAHARU, kira-kira 5,000 rakyat jelata menyambut kepulangan baginda di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Sultan Kelantan dan rombongan istana tiba pada pada pukul 12.30 tengah hari yang disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan semua exco kerajaan negeri yang lain.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan tidak sihat untuk hadir sama menyambut keberangkatan pulang itu.

Baginda kemudiannya terus dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Di pintu masuk ke istana, ratusan rakyat juga turut menyambut kepulangan baginda dan merentang beberapa pemidang kain mengalu-alukan keberangkatan pulang baginda.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.