SYABAS PDRM: Op Samseng Jalanan di Jalan Baru Pulau Bunting-Ulu Sedaka 108 Saman dikeluarkan (Gambar2)

Op Samseng Jalanan
26/5/2020 
5 petang sehingga 9 malam


Polis IPD Yan telah menjalankan Op Samseng Jalanan bertempat di Jalan Baru Pulau Bunting-Ulu Sedaka. 

Operasi ini telah disertai seramai 3 orang pegawai dan 19 anggota pelbagai cawangan IPD Yan. Dalam operasi ini telah berhasil mengeluarkan saman sebanyak 108 keping atas pelbagai kesalahan. Kesalahan paling banyak ditemui ialah tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, no. plet fancy dan juga ubahsuai kenderaan. 


Sebanyak 4 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 APJ1987 atas kesalahan ubahsuai berlebihan dan tidak selamat ditunggang di atas jalan raya. Sepanjang operasi berjalan dalam keadaan baik dan terkawal.


Rentetan Ops Covid bersepadu yang telah dijalankan semalam, setelah ditahan, dikeluarkan saman dan sita motosikal, Polis IPD Yan telah mengambil pendekatan memberikan tazkirah dan ceramah kepada golongan remaja yang terlibat pada hari operasi tersebut. 

Kesemua golongan remaja ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 21 tahun dan kesemuanya berjumlah 127 orang, pecahan lelaki seramai 121 orang dan perempuan seramai 6 orang. Ketika ditazkirahkan, semua remaja terbabit diarahkan untuk terus menjaga jarak sosial 1 meter diantara satu sama lain. 

Ibu bapa dan penjaga turut dipanggil ke tempat kejadian untuk jamin anak masing-masing dan segelintir turut dikeluarkan saman.


Polis Daerah Yan ingin memesan kepada semua ibu-bapa dan penjaga agar lebih peka dan sentiasa mengawal dan pantau ketat anak masing-masing agar tidak terjerumus ke kancah mat rempit sebelum berlaku perkara yang buruk dikemudian hari.


- Sumber FB Polis Daerah Yan
  










Credit: 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.